Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan sesuai bagi seorang pembantu makmal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok di sini, apabila cubaan untuk menanam pokok mangga Harum Manis yang bermula sebagai hobi kini mampu memberi hasil yang membanggakan.
Nor Mazalan Ab Ghaffar, 52, berkata pada awalnya beliau hanya menanam lima pokok mangga Harum Manis di halaman rumahnya dengan menggunakan benih yang diperoleh dari Perlis, namun tidak menyangka tanaman itu subur dan kini selepas lapan tahun ia mampu membenihkan sehingga 70 pokok di tanah kebun miliknya iaitu seluas 0.4 hektar di Kampung Nibong di sini.
"Pada awalnya, daripada lima pokok mangga yang ditanam di sekitar halaman rumah itu, hanya dua pokok sahaja yang menjadi dan memberikan hasil sebanyak 50 biji Harum Manis setiap pokok sekaligus membuatkan minat saya bertambah untuk menanamnya dengan lebih banyak.
"Kebanyakan orang kita hanya mengganggap pokok mangga jenis ini hanya mampu diusahakan di Perlis sahaja, namun tanaman ini hanya memerlukan air yang banyak untuk hidup sekaligus membuatkan ia sesuai ditanam di mana-mana sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di kebunnya di Kampung Nibong di sini.
Mengulas lanjut, bapa kepada empat anak itu berkata untuk mengusahakan pokok mangga Harum Manis pada peringkat awal bukan mudah, malah ketika mula-mula membabitkan diri beliau sentiasa berulang-alik ke Perlis untuk mempelajari kaedah yang betul untuk menanam dan menjaga pokok berkenaan daripada beberapa pengusaha tanaman itu di sana.
Katanya, usaha menanam pokok mangga Harum Manis itu dilakukan sendiri menggunakan modal RM5,000 dari wang simpanan.
"Penjagaan tanaman ini agak rumit kerana perlu meracun pada awal musim bunga, ketika ia mula berputik bagi suburkan buah, malah saya perlu menyiram 18 liter air sebanyak dua kali sehari bagi menjamin kualiti buah yang dihasilkan.
"Penjagaannya juga agak cerewet kerana mudah diserang serangga dan penyakit hingga saya terpaksa menggunakan dua jenis racun iaitu racun kulat dan serangga empat kali semusim serta membalutnya sebaik ia berbuah sebesar bola pingpong untuk mengelak daripada dimakan kera atau musang," katanya.
Nor Mazalan berkata, pada kebiasaanya beliau akan mula memetik mangga Harum Manis apabila ia mencapai tempoh matang iaitu empat bulan selepas berbunga dan kemudian diperam selama lima hari menggunakan bahan penggalak bagi memastikan buah masak serentak sebelum boleh dimakan ataupun dijual.
"Mangga Harum Manis ini dah dijual dengan harga RM20 sekilogram dengan mempromosikannya kepada kenalan ataupun menerusi kumpulan WhatsApp sahaja dan ia pernah mendapat permintaan daripada pelanggan di Kuala Lumpur dan Terengganu.
"Isinya yang manis dan lembut seakan agar-agar serta mempunyai bau tersendiri menjadikan Harum Manis 'kegilaan' penggemarnya selain mempunyai dua warna iaitu kuning dan oren," katanya yang kini turut memiliki lapan pokok harum manis di rumahnya di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Tumpat.
Beliau kini turut memerlukan bantuan dan bimbingan yang lebih baik daripada Jabatan Pertanian Kelantan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta kerajaan negeri untuk memajukan tanaman Harum Manis di Kelantan, dan berharap tanaman ini dapat membuka mata lebih ramai petani atau pekebun untuk mengusahakannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
Nor Mazalan memeriksa buah mangga harum manis yang ditanam bagi memastikan berada dalam keadaan baik sebelum dipetik di Kampung Nibong, Pasir Mas, 26 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
PKPS tawar jualan benih pisang raja seribu
Jualan terhad sebanyak 50 polibeg itu boleh didapati di Makmal Kultur Tisu PKPS di Ladang Selangor Fruits Valley, Batang Berjuntai.
"Bukan senang nak beli benih, modal pun susah dicari" - Petani gusar sawah tenggelam lagi
Golongan petani di Seberang Perai Utara gusar dengan hasil padi musim ini berikutan cuaca yang tidak menentu.
Hampir 200,000 benih udang galah dilepaskan di perairan N. Sembilan setakat ini - JPNS
Sejumlah 195,715 benih udang galah dilepaskan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) ke perairan negeri membabitkan kos RM28,310 setakat ini, kata pengarahnya Halimi Abu Hanip.
MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.
Kementerian pantau kerosakan tanaman, ternakan terjejas banjir - Kiandee
Kiandee berkata penilaian yang melibatkan semua jenis tanaman dan ternakan itu hanya boleh dibuat sekurang-kurangnya 45 hari selepas banjir surut.
Penyelidikan klon pisang FGV bakal tampung 30 peratus permintaan negara
Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek, Negeri Sembilan telah menghasilkan pelbagai klon pisang sejak 2004, dengan pengeluaran bermula pada 2007.
Pembantu makmal perintis tanaman Harum Manis di Kelantan
Usaha menanam pokok mangga Harum Manis itu dilakukan sendiri menggunakan modal RM5,000 dari wang simpanan.
Golongan pesawah diingat guna benih padi sah
Kegagalan petani mematuhi arahan itu boleh menyebabkan hasil padi berkurangan sehingga 70 peratus selain berisiko percampuran varieti, pencemaran benih rumpai dan berpenyakit.
Hanya 10 peratus benih sayuran keluaran tempatan - Salahuddin
Malaysia mengimport sebanyak 90 peratus benih dan hanya 10 peratus sahaja dibuat di peringkat tempatan.