"Saya di mana? Tolong bawa kami ke daratan... kami ditimpa musibah dan kami bukan penceroboh."
Itu ayat pertama Amat Muhamar, 50, sebaik sahaja bot yang dinaiki bersama anak saudaranya Mohd Abdul Latiff Kasim, 29, dihampiri sebuah bot nelayan Indonesia pada 11 Nov lalu, selepas tiga hari hanyut di laut.
Mereka berdua yang merupakan pemandu pelancong dari Pulau Tioman dilaporkan hilang di laut pada 8 Nov lalu selepas kali terakhir dilihat di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin di sini pada 1.30 tengah hari ketika bertolak pulang ke pulau itu membawa bot gentian kaca yang baharu dibeli.
Kedua-dua beranak itu selamat tiba di Jeti Marina Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini pada 6 petang tadi, diiringi bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mengambil mereka daripada jagaan pihak berkuasa Indonesia di sempadan laut Malaysia-Indonesia petang ini.
Berkongsi pengalaman mereka dengan pemberita di jeti itu, Amat berkata keadaan cuaca tidak begitu baik dan berkabus pada hari kejadian namun mereka bertegas meneruskan perjalanan pulang.
"Tidak lama selepas itu, kabus semakin tebal menyebabkan saya tidak nampak daratan... tak nampak bayang pulau langsung. Saya buat keputusan untuk menjatuhkan sauh supaya kami boleh berhenti sehingga keadaan cuaca baik dan teruskan perjalanan.
"Tapi ombak semakin kuat dan kami semakin jauh dibawa ombak, sauh tidak membantu kami untuk berada di satu tempat yang sama di laut. Lama-kelamaan kami kehabisan minyak dan terus dibawa ombak," katanya.
Amat yang belum berkeluarga berkata berikutan telefon bimbit tidak boleh digunakan, mereka berusaha mendapatkan bantuan daripada beberapa buah bot yang melalui berhampiran mereka dengan melambai-lambaikan tangan, namun bot-bot berkenaan seolah-olah tidak nampak mereka.
Sepanjang tiga hari itu kedua-dua beranak tersebut cuma bergantung kepada tiga botol air mineral yang diminum secara berdikit-dikit memandangkan mereka tidak tahu berapa lama mereka akan berada di laut, katanya menambah mereka turut dilanda ribut selama dua malam.
Katanya apabila dihampiri bot nelayan Indonesia pada 11 Nov lalu, dia amat bersyukur dan bertambah gembira apabila diberitahu mereka berada berhampiran Pulau Jemaja kerana dia mempunyai saudara-mara di pulau berkenaan.
"Mereka mahu menghantar kami ke hospital, tapi saya menolak kerana kami sihat... cuma agak keletihan. Saya beritahu tidak mengapa jika mereka mahu melaporkan kehadiran kami kepada pihak berkuasa kerana kami tidak melakukan kesalahan.
"Saya fikir itu yang terbaik supaya kami boleh pulang ke Malaysia secara baik. Saya mahu bawa bot balik ke Pulau Tioman dan tidak mahu bot dirampas kerana kesalahan menceroboh," katanya.
Dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan mereka dan pihak berkuasa dan persatuan nelayan yang membantu melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik sahaja mereka dilaporkan hilang.
"Saya juga berterima kasih kepada pihak berkuasa dan rakan nelayan di Indonesia khususnya di Pulau Jemaja kerana membantu serta melayan kami dengan baik sepanjang enam hari berada di sana," katanya.
Amat berkata dia amat bersyukur apabila dimaklumkan boleh membawa pulang bot baharunya ke Pulau Tioman dan menambah mereka memulakan perjalanan pulang pada 5 pagi tadi dengan diiringi pihak berkuasa Indonesia yang kemudiannya menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017
Amat Muhamar (tiga, kiri) dan Mohd Abdul Latiff (tengah) mengaminkan doa sejurus tiba di Jeti Marina, Kampung Tekek, Pulau Tioman, hari ini. --fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.
Anggota APMM Sabah didakwa terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.
1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah
Bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.
Sudah lali, penduduk kampung beli bot hadapi banjir
Ternyata pelaburan penduduk kampung itu tidak sia-sia, bahkan mampu menyelamatkan harta benda dan nyawa keluarga tersayang.