Seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia pada Selasa.
Amirul Ashraff Md Azhar, 22, penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University of Technology, Sydney, yang berasal dari Taiping itu adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Bapa Allahyarham, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata beliau menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dihubungi pegawai Mara dari Australia petang tadi.
"Saya tidak pasti bila jenazah akan dibawa pulang ke negara ini. Pihak Mara akan menguruskannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata Amirul Ashraff merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada 30 Julai lepas.
"Pada hari ulang tahun kelahirannya itulah kali terakhir saya berhubung dengan arwah," katanya.
Md Azhar berkata jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Malaysia selepas selesai semua urusan di Sydney dan akan dikebumikan di Taiping.
Sementara itu, Mara dalam kenyataan malam ini berkata maklumat yang diperolehi daripada pihak berwajib memaklumkan kematian Amirul Ashraff akibat tergelincir daripada bangunan.
"Pegawai Mara Luar Negara di Australia telah bergegas ke tempat kejadian sejurus kejadian itu dilaporkan untuk tindakan pengecaman. Pihak Mara mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Mara dengan bantuan kedutaan akan berusaha memastikan urusan membawa pulang jenazah dapat dilakukan secepat mungkin selepas proses bedah siasat dilakukan.
"Mara akan mengurus proses membawa pulang jenazah Allahyarham sehinggalah diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian," jelas kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
Amirul Ashraff merupakan penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University of Technology, Sydney. - Sinar Harian
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jenazah Amirul Ashraff yang maut tergelincir akan dikebumikan di Sydney
Jenazah pelajar Malaysia Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas tergelincir tidak akan dibawa pulang ke Malaysia.
Pelajar Malaysia maut terjatuh pangsapuri di Sydney
Seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia hari ini.