Biarpun terpaksa menanggung rindu terhadap keluarga yang jauh di kampung halaman, pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memilih untuk tidak pulang ke negara masing-masing ekoran wabak COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bukan halangan untuk pelajar-pelajar ini meneruskan kehidupan dan menyiapkan tugasan universiti.
Bagi Sanjay Kumar yang berasal dari India yang sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Kampus Jeli, PKP yang diumumkan oleh kerajaan bukan satu masalah malah memberinya peluang untuk menumpukan perhatian kepada kertas kejian.
"Fokus saya ketika ini kepada kajian akademik. Saya memang rindu pada keluarga tetapi kita semua tahu wabak ini sedang berada di mana-mana sahaja.
"Malah rakan PhD saya dari Bangladesh dan Habsyah turut mengambil keputusan sama. UMK juga memberi bantuan sepanjang tempoh PKP," katanya.
Samsidine Aidara dari Senegal yang juga seorang pelajar dan guru bahasa Perancis sambilan di UMK menyifatkan PKP adalah peluang baginya untuk mendapatkan rehat yang cukup.
"Selain itu, saya juga dapat memanfaatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) atas talian sepanjang tempoh PKP ketika berada di rumah.
"Dalam tempoh ini, saya menggunakan kaedah mesyuarat dalam talian menerusi telesidang video untuk terus berhubungan dengan rakan sekerja dan pelajar.
"Biarpun, sudah sebulan tiada kuliah secara bersemuka tetapi semua pelajar tetap diberi tugasan dan kuiz untuk dilakukan dengan pemantauan supaya mereka dapat terus belajar," katanya.
Bagi pelajar Ijazah Sarjana dari Indonesia, Ainnur Shahirah Hashim, sejak pelaksanaan fasa pertama PKP dia sudah memanfaatkan platform digital E-kampus memudahkan komunikasi dua hala atas talian.
“Saya berharap semua menyokong usaha kerajaan untuk tinggal di rumah dengan selamat bersama keluarga. Kami juga berterima kasih kepada barisan hadapan Malaysia kerana melindungi dan menyelamatkan banyak nyawa dalam menghadapi pandemik koronavirus ini,” katanya.
Pelajar antarabangsa UMK sehingga kini berjumlah seramai 48 orang dari 18 buah negara.
Vivi Sumanti
Tue Apr 21 2020
Pelaksanaan PKP memberi peluang pelajar manafaatkan kaedah pembelajaran dan pengajaran menerusi platform digital - Gambar Astro AWANI/Vivi Sumanthi
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.