Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir ke pekarangan kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sehari sebelum bekas Perdana Menteri itu dijangka memberi keterangan semula di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), esok.

Beliau dilihat memasuki perkarangan rumah Najib pada pukul 6 petang dan meninggalkan kawasan setengah jam kemudian.

Nama peguam terkemuka itu disebut-sebut apabila dua peguam Najib iaitu, Datuk Harpal Singh Drewal dan M. Athimulan menarik diri daripada mewakili bekas Pengerusi Barisan Nasional itu pada dua hari lalu.

Beliau kini diwakili bekas Peguam Cara Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam rakannya.

Pada Khamis, Najib dikatakan akan memberi keterangan berhubung siasatan mengenai perpindahan wang berjumlah RM42 juta daripada SRC International kepada akaun peribadinya.

Sementara itu, hasil rampasan wang tunai di beberapa premis milik Najib dan individu yang dikaitkan dengannya pada minggu lalu, pihak polis mengesahkan bahawa wang tunai tersebut berjumlah lebih RM300 juta.

Pada masa sama, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa 1Malaysia Development Berhand (1MDB) sudah muflis dan tidak mampu membayar hutang-hutangnya.

Setakat ini, kerajaan telah melunaskan hampir RM7 bullion hutang 1MDB.