Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan pertemuan setiap tiga ke empat bulan sekali bagi menangani isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pertemuan pertama yang diadakan hari ini bersama 12 NGO, telah membincangkan isu berkaitan pemerdagangan orang selain mengetengahkan idea dan solusi.
"Antara NGO yang terlibat seperti Majlis Peguam Malaysia dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) hadir bagi memberi pandangan dan maklumat serta penambahbaikan yang boleh dipraktikkan oleh PDRM.
"Sesi pertemuan ini turut membincangkan siapa yang bertanggungjawab tentang isu ini, selain memberitahu pihak NGO kepada siapa yang patut mereka hubungi jika terdapat sebarang maklumat atau isu berkaitan," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan NGO di Bukit Aman, hari ini.
Katanya antara lain, pertemuan yang diadakan ini juga akan mengeratkan hubungan PDRM dengan NGO, selain perlu diadakan pada setiap peringkat negeri.
Noor Rashid berkata PDRM telah menyelesaikan 410 kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tahun lepas serta kira-kira 60 kes bagi tahun ini setakat Februari lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 13 2018
Noor Rashid (kanan) bersalaman dengan Pesuruhjaya SUHAKAM Jerald Joseph selepas sidang media Program Penglibatan Bersama PDRM dan NGO di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, 13 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Peningkatan ketibaan migran lonjakkan pertumbuhan populasi Australia
Pengambilan masuk migran di Australia meningkat dan mencapai rekod tertinggi, memacu kepada lonjakan pertumbuhan populasi di negara ini.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan
Lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.
Polis tahan lelaki disyaki penjaga rumah penampungan dan 12 warga asing
Suspek ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada 1.30 pagi.
Surat aktivis: KSM akan jalankan operasi seluruh negara - Sivakumar
KSM akan menjalankan operasi di seluruh negara susulan surat seorang aktivis hak migran kepada OHCHR berhubung nasib pekerja Bangladesh di Malaysia.
Kebanjiran migran: Costa Rica rancang isytihar darurat
Presiden Costa Rica Rodrigo Chaves pada Selasa berkata beliau mahu mengisytiharkan darurat di negara Amerika Tengah itu berikutan peningkatan kemasukan migran.
Ribuan migran rentas sempadan AS-Mexico
Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas Datuk Bandar Eagle Pass mengeluarkan deklarasi bencana tempatan untuk mencari lebih banyak sumber.
Bot karam: 35 migran dikhuatiri maut, 24 lagi hilang di Djibouti
Lebih 35 migran dikhuatiri terbunuh di Teluk Aden selepas sebuah kapal karam di Godoria, berhampiran bandar pantai Obock, timur laut Djibouti.
86 migran berjaya diselamatkan pengawal pantai Sepanyol
Laluan Atlantik, biasanya digunakan oleh pendatang dari Sahara Afrika, adalah salah satu laluan yang paling berbahaya di dunia.
79 migran maut kapal laut karam
Sejumlah 79 mangsa dilaporkan terkorban dan beberapa individu dikhuatiri hilang akibat tragedi itu.