Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesan wujud sindiket yang membawa masuk warga asing yang diklasifikasikan sebagai foreign terrorist fighter (FTF) ke negara ini, dengan tertangkapnya 45 daripada mereka dalam beberapa siri operasi sejak Januari hingga 6 Oktober lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka menggunakan pelbagai taktik, termasuk menggunakan pas dan visa pelajar di samping dokumen palsu untuk masuk ke pintu negara.
Menurut beliau, mereka juga dikatakan menggunakan orang perhubungan di Malaysia, khususnya ahli kumpulan Daish di negara ini dan juga luar negara.
Katanya, bulan lalu sahaja, polis berjaya memberkas 19 daripada mereka, hasil maklumat yang diberikan pihak berkuasa negara-negara berkenaan, termasuk tiga daripada Maldives dan dua daripada Bangladesh.
“Mungkin mereka buat ini ada sindiket yang terlibat dan pada masa yang sama, ada yang menggunakan ruang untuk belajar di institusi-institusi agama di negara kita dan diberi visa pelajar.
“Jadi kita sedang mengesan, kita sedang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk membendung perkara ini daripada berlaku,” katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat PDRM di SMK Sultan Muzaffar Shah I, di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Abd Ghafar Rajab, Ketua Polis Perak, Datuk Pahlawan Hasnan Hassan, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim dan ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.
Menurut Mohamad Fuzi, pihak polis bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk dengan pihak risikan dan keselamatan negara-negara lain, bagi membendung perkara tersebut.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Oct 14 2017
MOHAMAD FUZI: Polis bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk membendung perkara ini daripada berlaku.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina
Militan Daesh yang mempunyai pengaruh di selatan negara itu, mengesahkan menerusi Telegram, anggotanya telah meletupkan bom tersebut.
3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.
Empat terbunuh dalam serangan di masjid di Iran
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.
KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan
Fahmi Fadzil berkata ia supaya penyebarannya tidak terus berleluasa mempengaruhi umat Islam dalam negara.
Ketua Daish mati dalam operasi AS di Syria
Presiden AS, Joe Biden berkata pada Khamis bahawa Ketua Daish, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi membunuh diri dengan menggunakan bahan letupan ketika askar-askar unit khas AS menyerbunya di Syria.
Operasi risikan halang perkembangan ideologi pengganas - Penganalisis
Operasi risikan dan tangkapan dari pihak berkuasa yang proaktif telah berjaya menghalang perkembangan ideologi pengganas.
AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun
Presiden Demokrat itu sedang menyelesaikan misi pertempuran Amerika dalam dua perang yang dimulakan oleh Presiden George W Bush sewaktu pentadbirannya.
Cabaran berganda ESSCom tangani COVID-19 dan keselamatan
Sejak tahun lepas, ESSCom, berdepan 'cabaran berganda yang luar daripada kebiasaannya' dalam usaha memastikan keselamatan di ESSZone terus terjamin.
Sokong, edar barangan berkaitan Daesh, penjual cendol dipenjara 16 tahun
Dia didapati bersalah atas sembilan pertuduhan, antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daesh serta memberi sokongan kepada kumpulan itu.
Bekas penyampai televisyen Afghanistan maut dalam letupan bom kereta
Setakat ini polis masih belum mengenal pasti identiti dua lagi mangsa yang terbunuh dalam letupan itu.