Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang meneliti pelaburan dalam bidang baharu serta berteknologi tinggi untuk dibawa masuk ke dalam negara pasca COVID-19.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pelaburan itu dapat direalisasikan berdasarkan beberapa daya tarikan yang ditawarkan Malaysia kepada para pelabur.
Beliau berkata antaranya kestabilan politik negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kewujudan kemudahan infrastruktur yang baik, penawaran beberapa insentif serta saranan nilai yang diketengahkan kepada pelabur berpotensi.
"Saranan nilai ini contohnya mengenai kecekapan kita dalam membuat keputusan yang muktamad, selain memberi kelulusan dalam tempoh yang amat pendek.
"Kalau tidak (ada elemen sedemikian), masalah (kecekapan dan kelulusan) ini akan melengahkan pelabur untuk masuk ke Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang Daiichi Seiko Sdn Bhd, di sini, pada Ahad.
Lawatan itu merupakan sebahagian rangka kerja dua hari beliau di Johor bermula Sabtu.
Beliau turut mengadakan perbincangan meja bulat bersama industri di samping perjumpaan bersama pemimpin masyarakat di Johor Bahru.
Mohamed Azmin berkata beliau yakin MIDA dapat meninjau pelbagai peluang termasuk yang wujud daripada kemelut dagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China, meskipun sekarang merupakan situasi sukar ditambah pula setiap negara giat berusaha menarik pelaburan baharu ke negara masing-masing selepas dilanda krisis COVID-19.
"Dalam aspek ini, MIDA sedang berusaha untuk memastikan syarikat dari negara yang terlibat (terkesan) dengan ini (perang AS-China) dapat memindahkan operasi mereka ke Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk menembusi pasaran Asia Tenggara," katanya.
Mengenai lawatannya di Johor, Mohamed Azmin berkata pihaknya menerima maklum balas daripada industri supaya kerajaan pusat dan negeri dapat menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan dalam menghadapi sebarang krisis pada masa akan datang.
"Kadang-kadang mereka (industri) lihat ada perkara tidak konsisten. Jadi, semalam mereka meminta supaya ketakkonsistenan ini ditangani agar mereka ada kejelasan dari segi SOP dan pelaksanaannya.
"Ini penting kerana kalau tiada penyelarasan, akan berlaku gangguan pada bekalan industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 05 2020
MIDA sedang berusaha untuk memastikan syarikat dari negara yang terkesan COVID-19 untuk memindahkan operasi mereka ke Malaysia. -Gambar fail
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).