Tiga pasar raya terletak kira-kira lapan kilometer dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, dekat Kluang, menjalani proses nyah cemar malam tadi.
Proses itu dilakukan bagi memastikan kesemua pasar raya berkenaan tidak berisiko bagi penduduk sekitar apabila ia mula beroperasi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata proses nyah cemar di tiga pasar raya yang menjadi tumpuan utama orang awam itu perlu dilakukan malam tadi sebelum ia beroperasi pagi ini.
"Kita tumpu pasar raya sebab orang awam akan pergi setiap hari dan jadi rutin untuk mereka beli barang keperluan.
"Kita akan pastikan kawasan ini dilakukan proses nyah cemar terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan dikenal pasti sebagai zon merah (jangkitan COVID-19)," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata kesemua pasar raya berkenaan juga terletak kira-kira hanya lapan kilometer daripada Bilik Gerakan PKPD serta Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid, yang kini dikenakan PKPD.
Asyraf berkata pada masa sama, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat juga terlibat dalam memastikan proses nyah cemar itu turut dilakukan kepada setiap petugas barisan hadapan PKPD Simpang Renggam.
"Kita akan pastikan setiap petugas yang berada dalam kawasan zon merah, sama ada masuk atau keluar dalam kawasan itu menjalani proses nyah cemar pada badan mereka.
"Melalui bantuan daripada pihak bomba, kita mahu memastikan semua petugas barisan hadapan terutama petugas Kementerian Kesihatan dapat memberi fokus kepada ujian saringan dan perubatan," katanya.
Turut melalui proses nyah cemar itu ialah Balai Bomba Ayer Hitam, yang dijalankan petang semalam, memandangkan ada anggotanya yang merupakan penduduk di kawasan PKPD.
Menurut Asyraf, kira-kira 25 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) terlibat dalam operasi nyah cemar berkenaan.
PKPD yang bermula semalam, melibatkan 3,570 penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga di dua kampung berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 28 2020
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat juga terlibat dalam memastikan proses nyah cemar itu turut dilakukan kepada setiap petugas barisan hadapan PKPD Simpang Renggam. - Foto ihsan bomba
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
Pasar raya, Balai Bomba Ayer Hitam di Simpang Renggam jalani proses nyah cemar
Tiga pasar raya terletak kira-kira lapan kilometer dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, dekat Kluang, menjalani proses nyah cemar pada Jumaat.