Pas Pusat akan membentangkan sembilan teras utama merangkumi isu Pendidikan, sosial dan kesejahteraan rakyat dalam manifesto parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, manifesto itu akan tertumpu kepada penyelesaian masalah dihadapi rakyat dan negara dalam pelbagai perkara.
Menurut Hashim, manifesto berkenaan akan dilancarkan Presiden parti, Datuk seri Abdul Hadi Awang pada 18 Mac (esok).
“Ini keyakinan kita.. beri peluang dan rakyat nampaknya kena yakin keputusan yang dilaporkan di Parlimen baru-baru ini bahawa Pas bersih... bersih daripada unsur-unsur seperti rasuah dan sebagainya.
“Orang jenis ini lah yang perlu kita tonjolkan sebagai pemimpin. Saya selalu sebut pemimpin yang kuruskan badan untuk gemukkan rakyat. Itu kita kena cari bukan pemimpin nak gemuk diri dia untuk menguruskan rakyat.
“Hal ini terdapat ramai dalam Pas tetapi jarang nak berjumpa bagi parti-parti yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 34 Pas kawasan Hulu Terengganu di Rhu Sila, Marang pada Sabtu.
Menurutnya, pengurusan agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi serta merapatkan jurang yang luas antara kawasan bandar dan luar bandar akan diberi keutamaan.
Beliau yang juga Ketua Majlis Syura Ulama Pas berkata usaha berkenaan hanya mampu dilaksanakan oleh Pas yang membariskan pemimpin berintergriti serta bebas rasuah.
Nur Fazlizai Ali
Sat Mar 17 2018
Manifesto berkenaan akan dilancarkan Presiden parti, Datuk seri Abdul Hadi Awang pada 18 Mac (esok).
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Rayuan MB Kedah dalam kes saman fitnah ditangguhkan
Pihak mahkamah tidak dapat mendengar rayuan hari ini memandangkan mereka perlu menghadiri mesyuarat pada pukul 3 petang ini.
Mahfuz Omar menang saman fitnah, peroleh ganti rugi RM50,000
Mahkamah memerintahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi RM50,000 kepada Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah.
Dakwaan langgar SOP: Mahfuz beri keterangan kepada polis malam ini
Sehingga kini, beberapa individu yang terdapat di dalam gambar yang tular berkaitan kes itu telah dirakam keterangan mereka.
Undi belah bahagi Belanjawan 2021: 'Saya mohon maaf, sedia dihukum' - Salahuddin
Salahuddin mengakui kesilapannya kerana tidak bangun untuk menyokong usul undi belah bahagi yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Pas buka ruang kepada Mahfuz untuk kembali tetapi...
Pas yang merupakan parti politik matang membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk kembali ke pangkuan parti itu, kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.
Pas bentang manifesto PRU14 esok
Pas Pusat akan membentangkan sembilan teras utama merangkumi isu Pendidikan, sosial dan kesejahteraan rakyat dalam manifesto parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).
Mahfuz disaran letak jawatan ahli parlimen, dikhuatiri gajinya haram
Datuk Mahfuz Omar disaran melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Pokok Sena selepas menghantar surat pemberhentian menjadi ahli Pas kerana dibimbangi pendapatannya sebagai wakil rakyat adalah haram.
Arakan Myanmar Bosnia Asia: Hentikan 'Genocide Halal'
Suasana di Arakan dilaporkan semakin getir apabila tentera Myanmar semakin menggila dan meracau terutama di daerah Maungdaw dan merebak hingga keseluruhan Arakan.
Mahfuz akan jawab bila terima surat lantikan
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar akan memberi jawapan sama ada menerima atau menolak lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.