Pas menyifatkan isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali gagal mematuhi prosedur kuarantin wajib, sebagai tidak lagi penting.

Timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ia kerana tiada sebarang kluster tercetus akibat perbuatan Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

"Dia ini tak ada kluster bukan ada kluster... dia ikut swab test semua tu... dia bayar kompaun... bukan ada kluster dia.

"Dia ini (sudah) didenda dan (melakukan) pengorbanan (dengan) dia tolak semua gajinya (selama empat bulan)... sepatutnya tidak jadi isu... baik kita tumpu pada yang ada kluster," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu melibatkan Mohd Khairuddin itu yang sehingga kini masih menjadi pendebatan di terutama di media sosial.

BACA: Khairuddin enggan ulas: "Rujuk kenyataan bertulis saya, KKM"

BACA: Datuk Dr. Mohd Khairuddin dikompaun RM1,000

BACA: Datuk Dr. Mohd Khairuddin mohon maaf

BACA: Kompaun terhadap Khairuddin beri mesej wujud 'antara dua darjat' - Syed Saddiq


Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan Mohd Khairuddin sudah di kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lalu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki pada 7 Julai.

Kompaun itu dikenakan kerana Mohd Khairuddin didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan beliau juga sudah membayar kompaun berkenaan.