Pakar kesihatan Taiwan Dr Chan Chang-Chuan memberi amaran gelombang baharu COVID-19 akan melanda pada musim sejuk ini, dan ia akan menjadi lebih teruk sekiranya dunia tidak mengambil langkah pencegahan yang lebih berkesan.
Dekan Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Nasional Taiwan itu berkata, jangkaan gelombang kedua itu adalah berdasarkan corak pandemik yang berlaku pada masa-masa lepas, termasuk wabak Sindrom Akut Penafasan Teruk (SARS) pada 2003.
Jelas beliau lagi, walaupun ada sesetengah pihak yang merasakan sekatan perlu dilonggarkan demi pengembangan ekonomi, namun amat penting untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
“Pada masa lepas, kalau kita lihat kembali sejarah pandemik, gelombang pertama virus seperti ini akan mula berkurangan pada bulan ini (Mei), sehingga Ogos kelak. Apabila sekolah buka kembali nanti, orang mula berhimpun, dan virus yang akan terus ada dalam komuniti kita ini, akan mula mengakibatkan lengkungan itu meningkat kembali,” katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Prestasi Malaysia, ulas Dr Chan lagi, berada pada tahap yang baik, terutamanya keberkesanan kerajaan membuat ujian saringan secara berterusan dalam usaha memastikan kawalan ke atas penyebaran wabak COVID-19.
Taiwan menjadi tumpuan dunia apabila kaedah pengawalan virus mereka menyaksikan wilayah itu mencatat hanya 440 kes positif, dengan 355 sudah pulih sepenuhnya, selain hanya enam kematian direkodkan.
Ramai pihak merasakan usaha mereka mengawal virus itu berada pada tahap yang mengagumkan selepas mengambil kira faktor China merupakan antara negara yang mencatatkan kes positif tertinggi di dunia.
Untuk rekod, Malaysia juga disenarai antara negara yang efisien dalam mengawal penularan COVID-19, dengan jumlah kes pulih semula pada tahap 75 peratus.
Dalam pada itu, Dr Chan berkata, masyarakat seluruh dunia perlu mengambil serius langkah penjarakan sosial, serta memastikan mereka tidak menyertai sebarang perhimpunan yang berisiko tinggi.
Selain itu, beliau berkata, ujian saringan perlu dilakukan secara berterusan dalam usaha memastikan lengkungan itu dapat dikawal dan seterusnya diratakan.
“Taiwan telah mengambil pengajaran dari wabak SARS dahulu, iaitu dengan memastikan bilangan unit rawatan rapi (ICU) dipertingkatkan dan dilengkapi dengan peralatan moden yang secukupnya sebagai persediaan menghadapi sebarang pandemik.
“Selain itu, kami turut memastikan pengesanan pintar (smart tracing) dilaksanakan baik di kalangan rakyat kami, mahu pun warga asing yang berada di sini, sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat May 09 2020
Jangkaan gelombang kedua itu adalah berdasarkan corak pandemik yang berlaku pada masa lepas termasuk SARS pada 2003.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024