Kerajaan Singapura pada Isnin menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dan semua agensi Malaysia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 10 hari lalu mencari dua warga Singapura yang hilang ketika berkayak di Mersing.
"Ia adalah operasi intensif, yang menyaksikan aset dan tenaga kerja dikerah dalam keadaan mencabar meliputi kawasan perairan yang luas di negeri Johor, Pahang dan Terengganu," menurut Kementerian Luar Singapura (MFA) dalam kenyataannya di sini.
"Kami amat berterima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), yang mengetuai operasi SAR dan menyelaras pelbagai agensi Malaysia di darat dan laut.
"Kami juga terharu dengan sokongan dan bantuan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat, terutamanya nelayan di kawasan berkenaan yang memainkan peranan penting dalam usaha pencarian itu," menurut kementerian tersebut.
Operasi SAR menjejaki seorang lagi lelaki warga Singapura yang masih hilang sejak 8 Ogos lepas ketika menyertai ekspedisi berkayak di perairan Mersing ditamatkan semalam, selepas penyelamat gagal menemui petunjuk baharu.
Pengarah Maritim negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata pencarian itu akan diaktifkan semula jika ada petunjuk baharu.
Puah Geok Tin, 57, dan Tan Eng Soon, 62, dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang selepas terpisah dengan 13 lagi rakan mereka berikutan laut bergelora dan angin kuat ketika berkayak di perairan Mersing.
Mayat wanita warga Singapura, Puah, ditemukan terapung di kedudukan 5 batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu pada 12.50 tengah hari, 14 Ogos, manakala Tan masih hilang.
MFA juga menzahirkan simpati kepada keluarga kedua-dua warga Singapura itu.
"Ingatan dan doa kami untuk keluarga mangsa pada saat-saat yang sukar ini," menurut kementerian itu.
Sementara itu, keluarga Tan juga menitipkan nota Terima Kasih.
"Kami, keluarga Tan Eng Soon, ingin mengucapkan terima kasih kepada APMM dan semua organisasi lain yang terlibat dalam pencariannya," kata keluarga itu.
"Sokongan dan simpati nelayan dan masyarakat tempatan juga telah menyentuh perasaan kami dan memberi kami kekuatan, menempuh waktu yang sukar ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MFA Singapura yang telah bersusah payah melaksanakan tanggungjawab untuk bersama kami.
"Walaupun kami tidak dapat menemui mayatnya, kami menerima kenyataan ini bahawa beliau sememangnya menyukai laut dan beliau akan aman di sana," kata keluarga itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 19 2019
Sebahagian daripada ahli keluarga dua warga Singapura yang hilang ketika berkayak di perairan Endau dekat Mersing. - Gambar BERNAMA
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.
Operasi carilamat tekong bot karam ditamatkan
Carilamat ditamatkan jam 7 petang pada Selasa selepas empat hari operasi pencarian mangsa, Mat Rifin Awang Kecik, 66, dijalankan.
Dadah bernilai RM400,000 dirampas, warga Indonesia ditahan
Penahanan dibuat hasil risikan mengenai kehadiran sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Kling lebih kurang 1 pagi pada 28 Julai itu.