Nur Fitri Azmeer Nordin, pelajar Malaysia yang dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah di London kerana memiliki imej dan gambar porno kanak-kanak disifatkan sebagai seorang yang
'sakit' dan memerlukan pemulihan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pelajar tajaan Mara itu telah melakukan jenayah yang hina dan serius.
“Kita sangat terkilan dengan apa yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut kerana ia sudah tentunya mencemarkan nama baik negara.
“Dalam aspek itu dia sakit. Dia perlukan bantuan dan perlu menjalani pemulihan, kaunseling, rawatan dan pemerhatian psikiatri," katanya dan menambah pelajar itu tidak boleh dibiarkan bebas dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan buku program 'Mcdonald's Happy Meal' di premis Mcdonald's, Kota Damansara di sini hari ini.
Rohani berkata kementeriannya sanggup memulihkan Nur Fitri Azmeer, 23.
"Kita mempunyai kanunselor terlatih. Ia bukan sahaja untuk Nur Fitri (Azmeer) tetapi buat keluarganya yang juga trauma," katanya.
Pelajar Imperial College London itu dijatuhkan hukuman setelah mengaku bersalah atas 17 kesalahan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.
Dia akan dihantar pulang ke Malaysia selepas selesai menjalani hukuman.
Mengenai penggunaan tempat duduk bayi dalam kereta bagi mengelak kematian bayi semasa kemalangan, Rohani berkata kementerinnya mengalakkan ibu bapa menyediakan sekurang-kurangnya satu tempat duduk bayi.
"Kita perlu ambil iktibar daripada apa yang berlaku baru-baru ini (kemalangan di Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya Utara-Selatan di Johor Baharu). Kita labur sekali sahaja untuk beli satu tempat duduk kanak-kanak dan selepas itu ia boleh digunakan turun temurun untuk anak-anak yang lain," katanya.
Beliau berkata walaupun belum terdapat undang-undang atau peraturan mengenainya, ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka.
Mengenai program Happy Meal itu, katanya ia adalah usaha baik untuk menggalakkan anggota keluarga untuk bersama dan menikmati keseronokan membaca.
Bernama
Thu May 07 2015
"Kita mempunyai kanunselor terlatih. Ia bukan sahaja untuk Nur Fitri (Azmeer) tetapi buat keluarganya yang juga trauma," kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Nur Fitri wajar diberi peluang kedua - Pakar kriminologi
Nur Fitri Azmeer perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membuktikan dia layak diberi peluang kedua berdasarkan kepada perubahan dan kesedaran diri terhadap masa lalu.
Senarai pesalah pedofilia akan dikemas kini, Nur Fitri harus dipastikan jalani pemulihan - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan juga perlu bersikap adil kepada semua pihak berikutan Nur Fitri sudahpun menjalani hukumannya sebelum ini.
Muhammad Hafiz dijumpai mati di tasik London
Mangsa juga merupakan anak kepada Pengarang Bersekutu Malay Mail Zainal Epi.
Nur Fitri 'sakit' dan perlu pemulihan - Rohani
Nur Fitri Azmeer Nordin, pelajar Malaysia yang dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah di London kerana memiliki gambar porno kanak-kanak disifatkan sebagai seorang yang 'sakit'.