Golongan Bajau Laut atau dikenali nomad laut dipercayai telah membunuh dengan kejam kira-kira 100 ekor penyu yang rangkanya ditemukan bertaburan di pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan di Pulau Bum-Bum, Semporna baru-baru ini.
Mengenai rangka penyu yang tular di media sosial pada Rabu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata pasukan penyiasat yang dibantu oleh polis Semporna, polis marin Taman Sabah, World Wildlife Fund (WWF) dan Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) telah dihantar ke pulau itu awal semalam dan menemukan lapan bangkai penyu dan satu terapung di laut.
"Bangkai penyu itu tidak lagi berada di kawasan yang pada awalnya ditemukan tetapi dipercayai dihanyutkan ke laut.
"Siasatan lanjut di kampung-kampung pesisir di sekitar pulau tersebut menunjukan aktiviti pemburuan haram (oleh golongan Bajau Laut) telah berlarutan agak lama," kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Tuuga berkata siasatan masih dijalankan tetapi beberapa suspek telah dikenal pasti.
Dalam kes lain, Pengarah Hidupan Liar itu berkata jabatan sedang menyiasat kematian seekor gajah yang dijumpai terapung di Sungai Kinabatangan oleh seorang pemandu pelancong yang menaiki bot menyusuri sungai bersama sekumpulan pelancong pada 25 Sept (Isnin).
Beliau berkata bangkai gajah itu dibawa ke darat dan bedah siasat telah dijalankan oleh pegawai veterinar jabatan tersebut.
"Haiwan itu ialah gajah jantan, dianggar berusia 15 hingga 20 tahun, dan dipercayai telah mati atau dibunuh tiga hari sebelumnya (22 Sept).
Tuuga berkata bedah siasat tidak menemui sebarang bukti kesan tembakan pada badan haiwan itu dan ada kemungkinan gajah itu termasuk dalam perangkap yang akhirnya menyebabkan haiwan itu mati akibat keletihan.
"Siasatan sekarang tertumpu untuk mengenal pasti kawasan yang mungkin gajah itu mati atau dibunuh di hulu Sungai Kinabatangan sebelum bangkainya dicampak ke dalam sungai," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2017
Siasatan lanjut di kampung-kampung pesisir di sekitar pulau tersebut menunjukan aktiviti pemburuan haram (oleh golongan Bajau Laut) telah berlarutan agak lama. - Gambar hiasan
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
'Jangan ganggu harimau dahan jika terserempak'
Setakat ini, JHL Sabah belum dapat mengesahkan kesahihan haiwan itu berkeliaran di jalan raya.
Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.
JHL buru buaya 'dibelasah' sekumpulan remaja kerana serang rakan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan memasang perangkap buaya di Sungai Kampung Mengkabong, dekat Tuaran.
Gajah Borneo ditemui mati akibat keracunan makanan
Seekor gajah Borneo betina ditemui mati di sebuah ladang di kawasan Malua, dipercayai akibat keracunan.
Dua gajah betina ditemui mati
Dua gajah betina Borneo ditemui mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot hari ini.
Nelayan meninggal dunia diserang buaya ketika memeriksa pukat
Allahyarham, Roslin Kalan, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Duchess of Kent Sandakan kira-kira jam 3.20 pagi, pada Ahad selepas diserang buaya pada 28 November lalu.
Op Khazanah rampas tulang gajah, tanduk rusa, senjata api, peluru
Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, Supt Toipi Lamat berkata, operasi berkenaan bermula 19 November lalu.
Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan
Bangkai Iman, badak sumbu Sumatera yang dilaporkan mati semalam akan dicadangkan untuk diawetkan.
Penduduk gempar lihat kejadian buaya baham seekor anjing
Gempar dan mencemaskan, apabila seekor buaya membaham seekor anjing dengan mudah dalam satu kejadian di Pantai Felda Sahabat 16,dekat sini, pada Khamis.
Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan
Bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami 'severe congestion'.