Datuk Nawawi Ahmad mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada hujung bulan ini.
Bekas Anggota Parlimen Langkawi itu berkata peletakan jawatannya adalah bagi memberi laluan kepada pelantikan pengerusi baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Katanya pelantikannya itu adalah atas dasar politik oleh kerajaan sebelum ini yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Biarlah saya memberi laluan kepada kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir (Mohamad) untuk melantik orang yang boleh menerajui KTMB, " katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Sambutan Aidilfitri KTMB di sini, pada Selasa.
Katanya jawatan beliau sepatutnya tamat pada Februari 2020 selepas dilanjutkan perkhidmatannya sehingga enam tahun bermula Februari 2014.
"Bagaimanapun, dari segi politik saya akan tetap bersama UMNO," katanya yang juga ketua UMNO Bahagian Langkawi.
Nawawi berkata beliau banyak belajar daripada Dr Mahathir sepanjang bertanding di kawasan Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Walaupun pesaing saya adalah Tun Dr Mahathir, saya tidak pernah cakap buruk tentang beliau malah saya sangat menghormatinya sebagai veteran politik dan kami bersaing secara sihat di Parlimen Langkawi," katanya.
Dr Mahathir menewaskan Nawawi yang ketika itu penyandang kerusi Parlimen Langkawi dan calon PAS Zubir Ahmad dalam PRU14 pada 9 Mei lepas dengan majoriti 8,893 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018
Datuk Nawawi Ahmad ketika sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Anjuran KTMB di Ibu Pejabat KTMB, Kuala Lumpur, 10 Julai, 2018. --fotoBERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Perkhidmatan KTM Komuter ditambah pada 31 Ogos
Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menambah lima perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang bagi memudahkan orang ramai menyertai sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, 31 Ogos ini.
Ahmad Faizal akan bincang dengan Muhyiddin isu pelantikan Pengerusi KTMB
Faizal akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat berhubung cadangan pelantikannya sebagai Pengerusi KTMB.
Kementerian Pengangkutan bincang buka jalan di kawasan tanah rizab KTMB
Kementerian Pengangkutan sedang dalam perbincangan bersama Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) untuk membuka jalan di kawasan tanah rizab Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Slim River, di sini.
Perkhidmatan Firefly ke Singapura akan diketahui tidak lama lagi
Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines, menggantung penerbangan ke Singapura berkuat kuasa 1 Disember lalu.
Nawawi letak jawatan sebagai Pengerusi KTMB akhir Julai
Bekas Anggota Parlimen Langkawi itu berkata peletakan jawatannya adalah bagi memberi laluan kepada pelantikan pengerusi baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Video tular wanita terajang wanita: 'Kalau nak panggil polis, panggillah!'
Suasana di sekitar stesen KTM Ipoh gempar apabila seorang wanita bertindak ganas dalam satu pergaduhan yang tercetus pada petang Isnin.
Perkhidmatan komuter dan ETS alami gangguan perjalanan hari ini
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan mengalami gangguan perjalanan antara 15 hingga 20 minit.
PM Najib mahu KTMB selesaikan masalah perkhidmatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencari jalan penyelesaian segera berhubung aduan pengguna mengenai perkhidmatan syarikat berkenaan.
Perkhidmatan KTM komuter dilanjutkan sehingga 1 pagi Selasa ini
Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi Selasa ini (30 Ogos) sempena sambutan ambang Hari Kebangsaan.
KTMB tambah perjalanan terus Butterworth-Padang Besar
Penambahan itu bermakna setiap hari ada 14 perjalanan terus pergi dan 14 perjalanan balik dari kedua-dua destinasi.