Terkesan dengan nasib yang menimpa kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, pelbagai pihak hari ini tampil menghulur bantuan termasuk wang ringgit, barangan keperluan harian dan keperluan bayi bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.
Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan NSTP, Farah Marshita Abdul Patah berkata, beliau bersama hampir 400 ahli lain terpanggil untuk menjayakan Tabung Bantuan Utusan Malaysia dan Kosmo atas dasar hubungan ukhwah sesama manusia khususnya rakan sejawatan.
Bermula dari 10 pagi tadi bertempat di Balai Berita NSTP Bangsar di sini, penyumbang yang terdiri daripada syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan di sekitar Lembah Klang tidak henti-henti tampil bagi menyampaikan bantuan sejurus kaunter dibuka.
Farah Marshita berkata, pihaknya menyasarkan sumbangan termasuk wang ringgit, keperluan harian dan keperluan bayi untuk disalurkan kepada kakitangan Utusan yang akan diserahkan kepada Setiausaha NUJ Cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar petang ini.
"Walaupun kami berlainan syarikat, namun kita adalah saudara. Memang dimaklumkan bahawa Utusan meneruskan operasi dan kakitangan menerima gaji pendahuluan, secara peribadi bagi saya ia tidak cukup untuk menampung hidup di bandar besar.
"NUJ NSTP mahu semua kakitangan Utusan mendapat sumbangan yang diberi hari ini secara sama rata. Saya harap inisiatif ini tidak terhenti hari ini sahaja, malah sesiapa sahaja boleh melakukan sumbangan melalui transaksi perbankan dalam talian," katanya ketika ditemui ketika program Tabung Bantuan Utusan Malaysia dan Kosmo.
"Rasa tidak sedap hati kalau kita dengar ada orang dalam kesusahan tetapi kita tidak tolong. Kami peka dan prihatin dengan nasib mereka. Malah kami juga tolong orang luar seperti bina masjid di Lombok, Indonesia," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Pemasaran Kumpulan Ramly, Eimran Othman berkata, pihaknya terpanggil untuk menyampaikan sumbangan sebagai menghargai jasa dan sumbangan media kepada syarikat pengeluar makanan halal itu.
Menurutnya, selama beroperasi hampir 40 tahun di negara ini, pihak media bukan sahaja menulis berita mengenai syarikat malah menyampaikan maklumat serta penjelasan mengenai sebarang isu yang dihadapi.
"Sumbangan kewangan ini adalah inisiatif Kumpulan Ramly kepada Utusan yang pernah membantu kami memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai isu yang pernah melanda kami sebelum ini dan pada masa sama membersihkan nama dan imej Kumpulan Ramly," katanya.
Bagi Amy Mohd Isa, 32, dari Kajang yang hadir menyerahkan sumbangan keperluan bayi bersama suaminya berkata, walaupun tidak mempunyai rakan dalam kalangan petugas media, namun menjadi tanggungjawab sekiranya mendapat tahu ada pihak memerlukan bantuan.
"Saya dan suami ada kongsi maklumat mengenai program sumbangan ini di Facebook malah ada juga rakan yang kirim sumbangan mereka untuk kami bawa ke sini," katanya.
Baru-baru ini tersebar desas-desus bahawa Utusan yang ditubuhkan pada 1939 dengan penerbitan pertamanya dalam Jawi itu akan menghentikan operasi ekoran masalah pembayaran gaji kepada kira-kira 800 pekerja yang dilaporkan tertunggak sejak tiga bulan lepas.
Namun, pihak pengurusan syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia yang berusia 80 tahun itu mengumumkan tidak akan menutup operasi syarikat tersebut dengan membayar gaji pendahuluan dan mengambil langkah menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo sebanyak 50 sen senaskah bermula hari ini sebagai tambahan pulangan kepada syarikat.
Bagi mereka yang mahu menyumbang, pusat sumbangan itu dibuka sehingga 4 petang ini. - BERNAMA
BACA: Utusan perlu jadi khazanah negara - Johan Jaaffar
Bernama
Fri Aug 23 2019
Seorang kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan) keluar dari bangunan itu. Nasib kakitangan Utusan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang prihatin dengan kemelut kewangan yang dihadapi syarikat itu. - Gambar BERNAMA
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
Nasib kakitangan Utusan 'jentik' rasa prihatin pelbagai pihak hulur bantuan
Terkesan dengan nasib yang menimpa kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, pelbagai pihak hari ini tampil menghulur bantuan termasuk wang ringgit.