Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuntut supaya Penasihat DAP Lim Kit Siang dan dua lagi pihak, mengemukakan surat tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dianggap menghina mahkamah susulan penerbitan satu artikel berkaitan dana RM42 bilion SRC International Sdn Bhd.
Tuntutan itu timbul selepas notis usul dan afidavit sokongan Najib, yang difailkan pada 11 November lepas di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa permohonan ex-parte, muncul untuk pengurusan kes pada Jumaat di kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Najib, 66, menuntut Lim, portal berita Malay Mail, dan seorang pemberitanya, menunjukkan sebab mengapa mereka tidak boleh dianggap menghina mahkamah berhubung penerbitan satu artikel bertajuk "Kit Siang: High Court decision on Najib and Tanjung Piai by election outcome will indicate where Malaysia headed towards", yang dimuat naik pada 9 November.
Hakim Mohd Nazlan pada 11 November lepas mengarahkan Najib supaya membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan dalam perbicaraan SRC, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.
Najib, 66, sedang berhadapan dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 bilion.
Najib dalam afidavit itu mendakwa bahawa artikel itu dibuat bagi mengenakan tekanan ke atas Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah berkenaan dalam kes SRC International itu.
Beliau juga mendakwa siaran akhbar Lim dan artikel berkenaan ditampilkan bagi mengancam dan mempunyai kecenderungan bagi melemahkan dan mengenepikan kuasa mahkamah, di samping campur tangan dan menghalang pelaksanaan proses keadilan.
Yang kelihatan di Mahkamah semalam ini ialah peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah; peguam Lim; Ramkarpal Singh dan peguam Malay Mail serta pemberitanya, Datuk S. Ambiga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Najib berhadapan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 bilion. - Gambar fail
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.
Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan Indonesia tidak membuat sebarang kenyataan menuntut kedaulatan Tubir Selatan (South Ledge) seperti didakwa sebuah artikel terbitan Defence Security Asia.
Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka.
Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM
Markas TLDM berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.
Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah
Pada 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen.
Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel
Najib mendakwa artikel dibuat bagi mengenakan tekanan ke atas Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah berkenaan dalam kes SRC International.
Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman
Ramasamy berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak polis.
Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.
Kes SRC: Najib dibebas atau dipanggil bela diri diketahui 11 Nov
Mohd Nazlan menetapkan 3 dan 4 Dis, 9 Dis hingga 12 Dis serta 16 Dis untuk mendengar pembelaan Najib sekiranya mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.