Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan pekarangan Pejabat SPRM kira kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau beredar selepas memberi keterangan kira-kira empat jam berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang diubah seperti didedahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebelum ini.

Najib hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira kira jam 10.30 pagi Khamis.

Bagaimanapun, beliau dipercayai menaiki kenderaan lain dan gagal dikesan media yang menunggu di hadapan pintu utama SPRM sejak jam 8 pagi.

BACA: Pindaan laporan akhir audit 1MDB: Najib beri keterangan di pejabat SPRM