Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini hari ini bahawa beliau tidak menghantar mesej kepada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low bagi memberitahu mengenai sekatan transaksi kad kredit miliknya.
Najib turut memaklumkan, beliau tidak pernah bertanya kepada Jho Low mengenai transaksi kad kredit yang disekat pada 23 Disember 2014.
Ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Harvinderjit Singh, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mengakui terdapat satu transaksi Visa Platinum berjumlah AS$130,625 di Honolulu, Hawaii sehari sebelum sekatan transaksi itu berlaku.
“Ada transaksi untuk membeli sebuah jam tangan Chanel di Hawaii pada 22 Disember 2014,” beritahu Najib ketika pemeriksaan semula dalam perbicaraan kes itu, hari ini.
BACA: Najib lebih suka terima derma daripada kerabat Arab Saudi
Harvinderjit kemudian menyoal beliau mengenai log mesej perbualan antara Jho Low dan Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu.
Menerusi log perbualan itu, Jho Low dikatakan memanjangkan mesej yang dihantar oleh Najib, yang bertanyakan mengenai kad kredit Platinum tidak boleh digunakan dan meminta perkara itu diperiksa dengan Ambank.
Harvinderjit: Adakah anda berkomunikasi atau mengirim mesej kepada Jho Low?
Najib: Tidak.
Pada 11 November tahun lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC International.
Mahkamah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Perbicaraan memasuki hari ke- 75, hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Sementara itu, ketika menjawab soalan seorang lagi peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bekas Perdana Menteri tersebut sekali lagi bersumpah tidak mengetahui mengenai wang syarikat RM42 juta yang disalurkan oleh Jho Low.
Najib mendakwa, ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu sengaja memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya kerana mungkin beranggapan tanpa kemasukan wang itu, hubungan mereka akan terjejas.
Najib: Jho Low mungkin anggap dana itu sebagai pelaburan kerana nilainya sangat kecil jika dibandingkan dengan pulangan pelaburan yang akan diterima di masa depan.
Shafee: Kenapa Jho Low nak tipu mengenai kemasukan wang itu?
Najib: Jika dia tidak memastikan ada wang derma dalam akaun saya, saya akan mula curiga, cek saya tidak boleh digunakan, seterusnya saya akan bertanya dan menyiasat. Kemudian saya akan mengetahui adanya penipuan.
Shafee: Bila anda tahu mengenai perkara itu?
Najib: Saya hanya mengetahui tentang taktik Jho Low ketika ditanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan sepanjang perbicaraan ini.
Perbicaraan disambung dengan saksi baharu petang ini.
Sinar Harian
Tue Feb 04 2020
Menurut Najib, beliau tidak pernah bertanya kepada Jho Low mengenai transaksi kad kredit yang disekat pada 23 Disember 2014. - Foto Bernama
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.