Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Kedah selain menyebabkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang jawatan sebagai Menteri Besar buat kali kedua.
Menurut Mukhriz, sekalipun arahan untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar datang daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun, Najib adalah sosok di belakang plot itu.
"Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada Presiden Bersatu melalui (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu), tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.
"Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.
"Lihat saja apa sudah jadi pada kes pengubahan haram pada anak Rosmah Mansor iaitu Riza Aziz yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan jenayah itu," kata Mukhriz.
Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jerlun berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah pada Ahad yang turut disiarkan secara langsung di Astro AWANI.
BACA: Mukhriz umum lepas jawatan MB Kedah berkuat kuasa serta merta
BACA: Muhammad Sanusi dilantik MB Kedah baharu
Astro Awani
Sun May 17 2020
Mukhriz Mahathir yang hilang jawatan Menteri Besar kali kedua mendakwa, Najib Razak adalah dalang di sebalik kejatuhan kerajaan PH di Kedah. - Gambar Astro AWANI
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaiknya hari ini seiring peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit tutun kepada 4.7390/7440 berbanding dolar US daripada 4.7375/7400 ketika ditutup semalam.
Selesa, dekat Masjid Nabawi, mesra OKU untuk jemaah muassasah
Selesa, dekat dengan Masjid Nabawi dan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) antara ciri-ciri tiga tempat penginapan diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah haji Malaysia yang akan ke Madinah semasa musim haji tahun ini.
#AWANI745
#AWANI745
Kajian UNICEF: Pemulihan ketara pascapandemik COVID-19, namun kemiskinan masih ketara
Penyampai Astro AWANI, Dzulfitri Yusop memberi perincian mengenai tinjauan Ranjau Sepanjang Jalan: Tinjauan Berulang Tentang Impak Kos Sara Hidup PascaPandemik Terhadap Isi Rumah Berpendapatan Rendah di Kuala Lumpur yang dijalankan Unicef. Antara hasil tinjauan ialah pendpatan isi rumah semakin melonjak, namun kadar kemiskinan masih ketara.
#AWANI745
#AWANI745
“Faisal tersenyum, renungan mata masih sama, positif" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gembira dengan keadaan terkini pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim yang kini dilihat semakin baik.
Malaysia, Arab Saudi bincang sektor pertanian, penyelidikan, tingkat akses pasaran
Mohamad menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika; produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan.
Tanah milik keluarga Ammar Baharin yang dipindah milik diratifikasi semula - Amirudin
Kes seumpama itu direkodkan telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.
Malaysia bersedia bincang dengan AS berhubung kebimbangan penghantaran minyak dari Iran - Fahmi
Fahmi bagaimanapun tidak akan mengulas panjang lebar mengenai isu itu memandangkan perbincangan masih sedang berlangsung.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa Peguam Negara
Azalina berkata kajian itu antara lain untuk membuat rujukan amalan terbaik dalam usaha mengenal pasti model sesuai bagi Malaysia.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.