Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau telah memanggil mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada malam 9 Mei lalu sejurus mengetahui keputusan PRU14 jelas tidak menyebelahi BN.
Malah beliau turut menegaskan pendiriannya yang percaya kepada kehendak rakyat di negara ini.
Beliau menafikan perkara tersebut menerusi wawancara eksklusif bersama portal Malaysiakini baru-baru ini.
"Saya seorang demokrat. Saya percaya kepada kehendak rakyat. Mereka tuduh saya panggil mesyuarat MKN (tapi) ia tidak berlaku.
"Anda boleh tanya semua anggota (MKN)," katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Sebelum PRU14 berlangsung, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berulangkali mendakwa Najib tidak akan menyerahkan kuasa dan mungkin menguatkuasakan Akta MKN kerana bimbang akan ditahan.
Dalam wawancara sama, Najib berkata beliau tiada "pelan B" dan tidak mahu negara dalam keadaan darurat.
"Saya tidak mahu pertumpahan darah berlaku," katanya.
Bagaimanapun beliau yakin dirinya tidak membuat sebarang salah laku dan bersedia membersihkan namanya.
Ditanya perasaannya ketika keputusan PRU14 diumumkan, Najib mengakui tenang menerima kekalahan itu.
"Saya fikir kami dalam keadaan terkejut dan semua orang menjadi sangat terganggu.
"Tetapi kami menenangkan diri dan memutuskan kami perlu menerima kehendak rakyat," katanya lagi.
Sinar Harian
Sat Jul 07 2018
Ditanya perasaannya ketika keputusan PRU14 diumumkan, Najib mengakui tenang menerima kekalahan itu. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Ahli Parlimen, masyarakat sivil beri input pindaan Akta MKN - Anwar
Anwar Ibrahim berkata selain pandangan Ahli-Ahli Parlimen, cadangan kepada pindaan Akta MKN itu akan merangkumi pandangan daripada masyarakat sivil.
Saman Anwar untuk cabar Akta MKN ditolak
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh.