Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengemukakan permohonan bagi membatalkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Ketua peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan semasa pengurusan kes pada Jumaat.
"Kiranya kami akan membuat permohonan untuk membatalkan tiga pertuduhan itu memandangkan mereka (pasukan pendakwaan) mengusahakan tujuh pertuduhan tetapi tertumpas akhirnya.
"Ia tidak kelihatan seperti mempunyai predikat kesalahan dan berdiri dengan sendiri, itulah sebabnya Timbalan Pendakwaraya (DPP) memohon satu tarikh perbicaraan yang pendek," katanya, merujuk kepada tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah yang dihadapi oleh Najib yang kini memasuki hari ke-18 perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Ketika membalas, DPP Budiman Lufti Mohamed memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan mengekalkan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta itu adalah sah dan sesuai.
Terdahulu, Budiman memohon tarikh perbicaraan dimulakan seawal April tahun hadapan, tetapi Muhammad Shafee meminta ia dimulakan pada Jun.
"Kami memerlukan sedikit masa untuk 'pulih daripada kecederaan' selepas perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan RM2.28 bilion (yang akan bermula 19 Ogos)," kata Muhammad Shafee.
Muhammad Shafee juga memohon perbicaraan dikosongkan setiap Jumaat kerana pasukan pembelaan memerlukan masa untuk bersedia bagi kes yang lain.
Sebelum menetapkan tarikh bagi perbicaraan itu, Mohamed Zaini berkata, beliau bimbang jika perbicaraan itu mungkin mengambil masa yang lebih panjang.
"Apa yang membimbangkan saya ialah apabila peguam menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil masa yang panjang tetapi bagaimana pula sekiranya perbicaraan itu tidak habis dalam tempoh berkenaan? Jika ia berakhir dalam tempoh 14 hari, itu sudah cukup baik," katanya.
Hakim itu kemudian menetapkan 2-25 Jun, 2020 untuk perbicaraan.
"Tarikh perbicaraan ialah dari 2-4 Jun, 9-11 Jun, 15-18 Jun, 23-25 Jun. Jumaat kita cuti," kata Hakim dan menetapkan 21 Jun untuk pengurusan kes.
Pada 3 Feb tahun ini, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta, yang digunakan untuk aktiviti tidak mengikut undang-undang, dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik beliau.
Bekas Perdana Menteri itu dituduh melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai, 2014, di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa maksimum denda RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau pada awalnya dituduh di Mahkamah Sesyen tetapi kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac selepas dipohon oleh pendakwaraya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2019
Najib ketika keluar dari mahkamah selepas pengurusan kes yang dihadapinya berhubung tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, 17 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.