Khazanah Nasional hari ini mengumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat pelaburan tersebut.

Peletakan jawatan Najib berkuatkuasa 31 Mei 2018.

Susulan itu, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga telah meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional, berkuatkuasa 30 Mei 2018.

Awal minggu lepas, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah telah meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional pada 23 Mei 2018.

Antara Lembaga Pengarah yang masih kekal di Khazanah termasuk Datuk Seri Nazir Razak dan Tan Sri Md Nor Md Yusof.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Datuk Wira Azman Mokhtar juga masih kekal di Lembaga Pengarah syarikat itu.