Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berniat untuk mengambil apa-apa yang sememangnya menjadi hak negeri dan rakyat Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Kalau kita terambil, kalau terambil dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini perjuangan kita. Bukan perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) sahaja. Ini perjuangan kita bersama. Saya berkongsi sentimen anda," kata Najib semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS kali ke-32 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN.
Justeru, kata Najib, rakyat Sabah berhak untuk memperkatakan atau membicarakan berkaitan hak mereka dalam MA63 tanpa perlu takut-takut diambil tindakan.
"Nak sebut MA63 sebutlah. Saya tidak akan masukkan sesiapa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Datuk Seri Dr Maximus (pernah) berehat 60 hari di bawah ISA. Sebab 'orang itu' masukkan dia di bawah ISA...Apa yang saya mahu ialah kita berlaku adil," katanya.
Najib berkata semua pihak perlu memberi sedikit masa kepada kerajaan persekutuan untuk mengkaji intepretasi undang-undang berkaitan MA63 kerana pada masa ini terlalu banyak tafsiran mengenainya berdasarkan pihak yang mentafsirkannya.
Katanya kesediaan kerajaan BN untuk meneliti dan mendengar keluhan rakyat Sabah termasuk berkaitan pendatang asing tanpa izin dan MA63 membuktikan bahawa masa depan rakyat negara ini dan negeri Sabah di bawah BN adalah cerah.
"Kita dah nampak. Semalam kita umumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia ialah 6.2 peratus, antara tertinggi di dunia. Kita dah buat macam-macam.
"(Pembinaan) Lebuhraya Pan Borneo sedang berjalan rancak. Laluan 1 MRT di Kuala Lumpur sudah siap. Ini semua cerminan masa depan Malaysia.Kita akan jaga segala-galanya termasuk keselamatan orang Sabah," katanya.
Justeru, kata Najib, rakyat Sabah perlu yakin bahawa BN adalah pilihan terbaik mereka manakala parti-parti pembangkang kini dalam keadaan bercelaru termasuk sebuah parti yang tidak patuh kepada perlembagaannya sendiri.
"Bukan undang-undang kita. Undang-undang dia sendiri tak dapat ikut. Macam mana nak perintah negara ini," katanya.
Kata Najib, bagi Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya, beliau akan terus membangunkan Sabah dengan kerjasama pemimpin-pemimpin dari negeri Sabah yang disifatkannya sebagai pemimpin yang baik.
"Sabah akan terus berjaya. Kita ada pemimpin baik-baik di Sabah ini yang boleh bekerjasama dengan saya. Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa, PBS jadi rakan setia kita. Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat kita selesaikan, masalah tanah adat dapat diselesaikan," katanya.
Sebab itu, kata Najib, rakyat Sabah tidak boleh bergantung harap kepada parti pembangkang yang hanya pandai menjual janji kerana Sabah memerlukan kerajaan yang boleh menjamin masa depan rakyat yang cemerlang.
Ketika beliau bertanyakan perwakilan mengenai kesiapsiagaan mereka menghadapi pilihan raya umum, respons yang diperoleh adalah mereka sudah bersedia.
"Kalau anda yakin, saya pun yakin pilihan raya sudah boleh diadakan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Anggota Majlis Tertinggi PBS ketika menghadiri majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-32 di Hongkod Koisaan Penampang hari ini. --fotoBERNAMA
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.
Menteri Luar Iran bincang penyelesaian krisis Gaza dengan Setiausaha Agung PBB
Dalam perbincangannya dengan pegawai PBB, menteri itu menegaskan pendirian Iran bahawa meningkatkan lagi konflik ini tidak memanfaatkan pihak terlibat.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
Rakyat Sarawak perlu bersatu suara kembalikan hak negeri - Abang Jo
Rakyat Sarawak diseru terus bersatu suara bagi meneruskan usaha mengembalikan hak negeri itu yang telah terhakis, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Anifah beri bayangan tubuh parti baharu, perjuang hak negeri
Anifah tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baharu bagi merealisasikan hak-hak rakyat di negeri Sabah.
Najib jelaskan pendirian kerajaan persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia
Justeru, kata Najib, rakyat Sabah berhak untuk memperkatakan atau membicarakan berkaitan hak mereka dalam MA63 tanpa perlu takut-takut diambil tindakan.