Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru majikan sektor swasta agar mempertimbangkan untuk memberi cuti tanpa rekod kepada pekerja mereka yang terjejas akibat fenomena air pasang besar.
Timbalan Setiausaha Agung MTUC, A. Balasubramaniam berkata langkah itu adalah antara cara untuk meringankan masalah yang dihadapi pekerja akibat fenomena itu.
"Sesetengah penduduk di Batu 5, Kapar (Selangor) terjejas akibat fenomena itu pada Oktober lalu yang rumah mereka dilanda air banjir. Sesetengah daripada mereka juga tidak dapat pergi kerja akibat jalan yang dilimpahi air," katanya kepada Bernama.
Balasubramaniam berkata pemberian cuti tanpa rekod perlu dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat pihak majikan.
Di Selangor, daerah Klang dan Sabak Bernam paling teruk terjejas oleh fenomena air pasang besar, sementara daerah Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang turut terancam. - Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016
Di Selangor, daerah Klang dan Sabak Bernam paling teruk terjejas oleh fenomena air pasang besar. - Foto Bernama
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
MTUC cadang cuti tanpa rekod bagi pekerja terjejas air pasang besar
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru majikan sektor swasta agar mempertimbangkan untuk memberi cuti tanpa rekod kepada pekerja mereka yang terjejas akibat fenomena air pasang besar.