Kerajaan harus mempertimbangkan pembinaan sebuah memorial MH370 sebagai tanda ingatan bagi mengenang tragedi kehilangan pesawat malang itu pada 8 Mac tahun lalu.
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, walaupun ia merupakan sejarah hitam negara, pembinaan memorial berkenaan dilihat sebagai tanda mengenang kisah sedih yang pernah berlaku di negara ini.
"Bagi saya, memang dari segi sejarahnya ia detik hitam negara dan tidak dinafikan sangat sedih jika dikenang.
"Namun, sebagai tanda ingatan, elok dibuat sebuah memorial di lokasi yang sesuai seperti di Putrajaya.
"Di sana mungkin ada ukiran nama-nama penumpang dan krew MH370 yang telah hilang. Ia tanda ingatan selain menjadikan semua orang mengenang kembali mereka yang tiada.
"Kita tidak mahu melupakan mereka buat selama-lamanya," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Memorial Tanjung Kupang yang menjadi tugu peringatan tragedi MH635 yang berlaku pada 1977. -Gambar fail
Dr Ramlah diminta mengulas keperluan mengadakan sebuah memorial seperti di Tanjung Kupang, Johor yang menjadi batu tanda kisah hitam penerbangan negara pada Disember 1977.
Nahas pesawat MH635 tersebut telah mengorbankan 100 nyawa dan merupakan tragedi kemalangan udara pertama melibatkan syarikat penerbangan MAS.
Jelas Dr Ramlah yang juga seorang pakar sejarah, selain mengenang titik hitam penerbangan negara, pembinaan memorial berkenaan dapat menunjukkan sikap perikemanusiaan negara di mata dunia.
"Kita tunjuk kepada dunia simbol kemanusiaan, rasa simpati dan tidak pernah melupakan mereka yang hilang di dalam tragedi berkenaan.
"Dari satu segi, sanak saudara penumpang MH370 dari China atau negara-negara lain dapat hadir dan memberi penghormatan di lokasi berkenaan.
"Mereka boleh meletakkan bunga sebagai tanda penghormatan selain menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada yang beragama Islam.
Beliau dalam pada itu menyarankan agar Putrajaya dijadikan lokasi pembinaan memorial itu yang disifatkannya sesuai kerana ia merupakan pusat pentadbiran negara.
Desas-desus pembinaan memorial MH370 mula tersebar selepas beberapa bulan pesawat itu hilang tahun lalu.
Khabar itu menjadi semakin panas selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac 2014.
Sementara itu, pengurusan Perbadanan Putrajaya ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai cadangan berkenaan.
NOTA: Saksikan temu bual penuh bersama Datuk Seri Liong Tiong Lai, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 8 Mac di saluran Astro AWAN( (Saluran 501) mulai 7 pagi. Layari astroawani.com untuk laman tribut khas bagi memperingati setahun pesawat Malaysia Airlines MH370 mulai 12.01 pagi Ahad.
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 07 2015
DR RAMLAH: Pertimbang bina memorial MH370 peringatan di Putrajaya. -Gambar fail
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.