Usaha memperluas kawasan pencarian di Lautan Hindi membuktikan Malaysia dan pasukan pencari tidak akan mengangkat bendera putih dalam mendapatkan apa jua petunjuk keberadaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilapor hilang hampir 400 hari lepas.
Walaupun sehingga kini tiada sebarang petunjuk dan secebis maklumat tentang lokasi sebenar pesawat yang dilapor berakhir di Lautan Hindi itu, usaha pencarian melibatkan tiga negara; Malaysia, Australia dan China tetap akan diteruskan.
Semalam, Malaysia melalui Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pasukan pencari akan memperluas kawasan pencarian ke peringkat fasa kedua pencarian membabitkan kawasan 60,000 kilometer persegi lagi jika pencarian di lokasi ketika ini tidak membuahkan hasil.
Beberapa pakar penerbangan memberitahu, tindakan hasil kesepakatan itu memberi isyarat jelas bahawa pasukan pencari bukan ingin memberi kelegaan dan harapan kepada sesetengah pihak tapi tanda komitmen teguh menyelesaikan misteri terhebat dalam sejarah penerbangan dunia ini.
Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata tindakan tersebut adalah prosedur biasa bagi setiap operasi mencari dan menyelamat yang bukanlah tugas mudah.
"Tidak ada sesiapa pernah melakukan pencarian di kawasan yang sangat terpencil itu. Untuk mencari objek bersaiz 1,400 meter persegi di kawasan seluas 60,000km persegi yang bersamaan 6,000 juta meter persegi, pada kedalaman lebih kurang 6,000 meter, ia bukanlah tugas yang mudah.
"Sekarang ini pun pencarian bagi fasa pertama masih belum lengkap 60,000km persegi, apa yang boleh saya katakan, kerajaan sangat baik hati kerana sanggup memperluaskan kawasan pencarian jika pesawat MH370 masih belum ditemui setelah fasa satu lengkap nanti," kata bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu.
ARTIKEL BERKAITAN: MH370: Kawasan carian mungkin berganda menjadi 120,000km persegi
Katanya, walaupun berhadapan keadaan yang sukar seperti ombak besar dan dasar laut di selatan Lautan Hindi mempunyai lurah dan bukit bukau, namun operasi itu harus diteruskan bagi memastikan semua pihak berpuas hati.
"Kalau sudah tahu posisi pesawat contohnya macam kes Air France, cebisan pesawat dijumpai, tapi itupun mengambil masa dua tahun untuk ditemui. Dalam konteks MH370 ini hanya berpandukan kepada pengiraan Inmarsat, itu pun belum tentu tepat sangat.
"Jadi bila sudah buat pencarian dalam sesuatu kawasan dan tidak jumpa, ia perlu diperluaskan," katanya.
Pesawat 447 Air France itu terjunam ke Lautan Atlantik di perairan Brazil ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris pada 1 Jun 2009, mengorbankan kesemua 228 penumpang dan anak kapal.
Sementara itu, bekas Ketua Juruterbang MAS Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata adalah amat wajar jika operasi pencarian fasa satu yang berakhir pada Mei nanti diteruskan ke fasa dua.
Ditanya mengenai keadaan pesawat tersebut jika benar ia telah terjunam di Lautan Hindi, beliau menjelaskan, dari segi ketahanan dan kalis air, buat masa ini pesawat masih dalam keadaan asalnya.
"Ia masih kekal seperti sebuah pesawat kerana logam-logam yang dipakai tidak mudah berkarat dan pecah walaupun berada dalam air laut.
"Tengoklah kapal Titanic walaupun dibina daripada besi yang tidak secanggih pesawat terkini seperti pesawat MH370 jenis Boeing 777-200ER , strukturnya masih kekal walaupun sudah tenggelam 100 tahun ... masih ada bentuk. Mutu logam pesawat ini (MH370) adalah berasaskan aluminium, komposit, ia memang kukuh," katanya.
Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universti Kuala Lumpur (UniKL) Kapten Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian pula mempunyai pandangan berbeza iaitu pesawat yang berada dalam lautan pada masa yang agak lama iaitu 400 hari akan mengalami pereputan.
"Tekanan di lautan dalam amatlah tinggi dan tekanan yang berterusan pada pesawat tersebut akan mengakibatkan struktur pesawat mengalami keretakan dan beberapa komponen pesawat mungkin terurai daripada fuselag pesawat.
"Air masin juga akan mengakibatkan pesawat mengalami kekaratan dan pereputan dan ini amatlah mendadak kerana pesawat terdedah pada masa yang agak lama terhadap air masin," katanya.
Ketika ini, fasa pertama misi pencarian MH370 yang bermula pada Oktober tahun lepas dijangka selesai menjelang akhir bulan ini dan fasa kedua dijangka bermula selepas fasa pertama tamat dan akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi, yang dalam perjalanan ke Beijing hilang daripada imbasan radar selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas.
Pada 29 Jan tahun ini, kerajaan mengisytiharkan MH370 kemalangan dan semua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.
Bernama
Fri Apr 17 2015
Usaha memperluas kawasan pencarian di Lautan Hindi membuktikan Malaysia dan pasukan pencari tidak akan mengangkat bendera putih. - Gambar Fail
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.