Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menyelar Wall Street Journal (WSJ) kerana mengamalkan apa yang beliau sifatkan sebagai kewartawanan tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata serangan berterusan WSJ terhadap Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berdasarkan dakwaan tidak berasas dan sumber tanpa nama yang menurutnya mungkin tidak langsung wujud.
"...ini contoh klasik kewartawanan tidak bertanggungjawab yang ekstrem. Ia menjadi semakin jelas bahawa WSJ telah membenarkan dirinya untuk digunakan sebagai saluran bagi kempen Anti-Najib," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Memberikan contoh artikel terbaru disiarkan WSJ, beliau berkata akhbar itu membangkitkan dakwaan lama tentang siasatan Switzerland ke atas kononnya syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, tetapi gagal untuk menyebut fakta bahawa Peguam Negara Switzerland telah menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung.
"Mereka mendakwa kononnya 'seorang pegawai Saudi berkata kementerian kewangan dan kementerian luar negara itu tidak tahu menahu mengenai sumbangan berkenaan dan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi seorang pemimpin asing tidak pernah berlaku sebelum ini' - langsung tidak mempedulikan hakikat bahawa Menteri Luar Saudi telah menyatakan yang sumbangan itu memang datang dari negaranya!
"Kenapa WSJ tidak menghiraukan butiran penting seperti ini, yang amat mustahak terhadap mana-mana laporan tidak berat sebelah mengenai berita ini? Sebab mereka tidak berminat untuk menjadi tidak berat sebelah, apatah lagi untuk mematuhi etika dalam kewartawanan. Mereka amat komited - sama ada untuk ditipu atau kerana mahu mengikut agenda mereka sendiri - bagi memburuk-burukkan Malaysia dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi," katanya.
Katanya WSJ juga mendakwa kononnya mendapat tahu daripada "seorang menteri kabinet", "seorang pegawai Saudi" dan versi laporan interim Ketua Audit Negara "tahun lepas" yang mereka dakwa dibocorkan kepada mereka tetapi tidak menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu.
"Di mana bukti semua ini? Bagaimana untuk kita tahu yang orang berkenaan wujud? Bagaimana kita tahu bahawa laporan itu tulen dan bukan palsu?" soal Menteri.
Salleh memetik apa yang dikatakan oleh Margaret Sullivan, editor New York Times yang bertanggungjawab mengenai standard: “Tidak menamakan sumber merupakan pilihan terakhir. Editor mempunyai peranan di sini...dalam memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan bahan daripada sumber-sumber yang tidak dikenali, terutama yang menggunakan petikan, bagi disiarkan. Pembaca berhak untuk membantah apabila mereka melihat sumber yang tidak dinamakan yang tidak sepatutnya diterbitkan."
Beliau menegaskan selain daripada daripada Tony Pua daripada DAP, semua orang yang dipetik dalam artikel WSJ itu tidak dinamakan.
"Menyebut suatu sumber tanpa nama merupakan etika kewartawanan paling teruk. Jadi mengapa editor-editor WSJ membenarkan perkara ini? Tiada apa yang berlaku secara kebetulan pada akhbar seperti WSJ," katanya.
Salleh berkata rakyat Malaysia tidak harus membenarkan diri mereka dikelirukan oleh propaganda, pembohongan dan kempen memburuk-burukkan menerusi penyamaran jijik sebagai berita.
"Cerita sebenar mengenai Malaysia adalah berbeza - kedudukan ekonomi baik, walaupun dalam keadaan ekonomi global tidak menentu.
"Perdana Menteri mempunyai perancangan, dan ia berjalan dengan baik. Sebagai contoh, Tabung Kewangan Antarabangsa baru-baru ini memuji kerajaan kerana menjaga keselamatan negara dengan mengekalkan kestabilan, dan mengatakan bahawa "ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik ". Dan baru semalam Fitch (Rating Inc) mengesahkan Malaysia berada pada tahap 'A-' dengan prospek stabil.
"Mengapa perkara ini tidak disebut dalam artikel terbaru WSJ? Sebenarnya ia tidak begitu menyenangkan bagi WSJ. Agenda anti-Malaysia mereka menjadi lebih jelas setiap hari," katanya.
BACA: Salleh Said Keruak dedah laporan tidak bertanggungjawab WSJ
Bernama
Wed Feb 24 2016
SALLEH: Ia menjadi semakin jelas bahawa WSJ telah membenarkan dirinya untuk digunakan sebagai saluran bagi kempen Anti-Najib. - Gambar fail
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd
Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.
Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.
Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu
Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.
Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.