Hari Guru 2020 akan disambut pada 16 Mei ini ketika negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, tampil dalam video pendek bagi melancarkan tema sambutan itu iaitu, 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu'.
Kementerian Pendidikan berkata, tema itu dipilih bagi menonjolkan peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme, bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam video berdurasi 2.16 minit yang disiarkan di semua laman media sosial rasmi kementerian itu, Mohd Radzi turut berkongsi pengalamannya sendiri menuntut ilmu daripada guru-guru, sejak dari bangku sekolah rendah di Ketereh, Kelantan.
Kisah perguruannya bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, Kota Bharu, sebelum beliau melangkah ke pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, dan seterusnya di Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi, Kuala Lumpur.
"Dalam perjalanan hidup ini kita sentiasa singgah di perguruan, bagi setiap langkah yang kita atur dan setiap tapak yang kita tinggalkan di perguruan ini, ada ilmu yang kita kutip bersamanya.
"Di sinilah perguruan formal saya bermula, berguru dengan guru yang penyabar dan penuh dedikasi dalam membina asas pengetahuan dan karakter diri," kata Mohd Radzi.
BACA: 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu' tema Hari Guru tahun ini
Mohd Radzi berkata, beliau telah menerima didikan yang penuh tanggungjawab dari guru-gurunya, yang sentiasa berikhtiar melakukan yang terbaik untuk anak didik.
Beliau berkata, ilmu boleh dipelajari di mana-mana dan dari sebuah kampung, beliau telah berpeluang melanjutkan pendidikannya di MTD.
Video itu turut memaparkan beliau berjumpa dengan bekas gurunya di MTD, Cikgu Hairul Badarul Shah Md Hashim.
"Di kota perguruan ini (MTD), saya mengutip ilmu bukan sahaja dalam bilik darjah dan di asrama tetapi juga di hutan belantara, di lurah dan puncak bukit, di lautan luas dan di padang kawad. Kembara perguruan saya diteruskan sehingga ke hari ini.
"Perguruan dengan niat yang ikhlas demi menuntut ilmu merupakan perguruan yang paling bermakna, kerana ilmu yang dikutip akan sentiasa lekat di sanubari.
"Ingatlah ilmu yang dikutip walaupun secebis, tentu ada guru yang menyampaikannya," katanya.
Video itu diakhiri dengan Mohd Radzi meyampaikan ucapan "Terima kasih Cikgu!".
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020
Video diakhiri dengan Mohd Radzi menyampaikan ucapan 'Terima kasih Cikgu!'. Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Bursa Malaysia ditutup 16 Mei, ganti cuti Hari Wesak
Bursa Malaysia ditutup 16 Mei, ganti cuti Hari Wesak | Dagang News
Menteri lancar tema Hari Guru melalui video pendek
Tema dipilih bagi menonjolkan peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme, bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aspirasi guru OKU
Sempena Hari Guru 2013 yang bertemakan Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda. Astro AWANI cuba menyelami aspirasi, cabaran dan perspektif kaca mata guru OKU.