Sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang meninggal dunia akibat masalah paru-paru dibawa ke Nirvana Memorial Park (Nirvana) Sungai Besi, dekat sini bagi upacara penghormatan.
Menurut anaknya, Eddin Khoo upacara penghormatan terakhir akan diadakan bermula Khamis sehingga Sabtu ini.
Sementara, majlis pengebumian dijangka diadakan kira-kira pukul 10 pagi di Nirvana Memorial Park, Shah Alam.
“Untuk hari ini, tiada apa-apa majlis diadakan namun, mayat di bawa ke sini untuk disimpan.
“(Ahli keluarga) masih menunggu beberapa saudara dan adik Profesor (mendiang) misalnya yang tinggal di Australia untuk pulang dan pada hari Khamjs dan Jumaat ada majlis penghormatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Jelas Eddin, upacara penghormatan terakhir juga terbuka kepada orang ramai.
Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75 tahun, serta tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.
Beliau juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada 1969.
Mendiang yang berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara.
Hasimi Muhamad
Tue May 28 2019
Profesor Khoo Kay Kim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi tadi selepas mengalami masalah paru-paru. - Gambar fail
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
BHPetrol Orange Run 2019 ditangguh kerana jerebu
BHPetrol Orange Run 2019 yang sepatutnya diadakan pada Ahad ini ditunda ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan.
Mayat warga Singapura lemas ketika berkayak dibawa pulang ke negara asal
Mayat peserta kayak warga Singapura yang ditemui terapung di perairan kemaman telah dibawa pulang ke negara asalnya pada Jumaat.
#AgongKita: Eksklusif bersama Yang di-Pertuan Agong di Astro AWANI
Astro AWANI berpeluang mendekati Al-Sultan Abdullah secara eksklusif selama hampir sejam dalam satu wawancara khas baru-baru ini.
Tiada lagi pemakaian baju lokap oren SPRM - Latheefa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat keputusan untuk menghentikan pemakaian baju lokap oren terhadap tahanan SPRM.
Perbicaraan SRC: "Saya takut sebab Datuk Seri Najib masih PM" - Suboh
Datuk Suboh Md Yassin mendedahkan beliau terpaksa melarikan diri ke luar negara kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.
'Semua pihak ada hak untuk cadang sesiapa letak jawatan' - Tun Mahathir
Mana-mana pihak boleh mencadangkan sesiapa sahaja dalam Kabinet untuk meletak jawatan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hishammuddin sokong Kertas Putih Felda, bimbang pembelian Eagle High
Bekas Naib Presiden UMNO itu juga menegaskan menyokong dan akan bekerjasama demi 2,285 peneroka di parlimen Sembrong.
SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ...
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada kali pertama atau ulangan layak untuk mengambil satu mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia.