Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang merangka sebuah unit baharu yang akan memberi fokus khusus kepada kecerdasan buatan (AI).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri, pembangunan unit berkenaan dijangka akan memperkasakan teknologi berkenaan di negara ini.
"Beberapa anggota unit berkenaan telah dikenal pasti dan mereka akan terdiri daripada pakar dari dalam dan luar negara untuk berkongsi idea mengenai kecerdasan buatan.
"Tugas mereka adalah untuk membantu Rangka Kerja AI Kebangsaan yang dijangka akan diumumkan pada akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas sidang kemuncak 'Beyond Paradigm 2019', di ibu negara, pada Khamis.
Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang dan Korporat Microsoft Malaysia, Dr Jasmine Begum dan Pengurus Besar Perusahaan TM Negeri, Azida Mohamed Burhan.
Sidang kemuncak Beyond Paradigm 2019 dianjurkan oleh Serba Dinamik dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan disokong oleh MDEC, Microsoft dan TM One.
Ia akan diadakan pada 17-18 Julai di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur dan 20-21 Julai di Kuching, Sarawak.
Antara fokus utama sidang kemuncak berkenaan adalah sebagai platform perbincangan kepada pembangunan digitalisasi dan bergerak ke arah Revolusi Industri 4.0 secara menyeluruh oleh pemain industri di negara ini.
Pertunjukan robot sosial, Sophia dengan teknologi AI buat pertama kali juga akan dipamerkan di sidang kemuncak berkenaan.
Afiezy Azaman
Thu Jul 04 2019
Sidang kemuncak 'Beyond Paradigm 2019' dianjurkan oleh Serba Dinamik dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan disokong oleh MDEC, Microsoft dan TM One. - Astro AWANI
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Google Malaysia dan Astro AWANI berganding bahu bantu peniaga kecil beralih ke digital
Google Malaysia dan Astro AWANI membentuk kerjasama strategik dalam memacu peralihan perniagaan kecil dan sederhana (SME) tempatan ke arah digital.
MDEC rangka unit AI
Tugas mereka adalah untuk membantu Rangka Kerja AI Kebangsaan yang dijangka akan diumumkan pada akhir tahun ini.
PPSMI: Kerajaan mahu pastikan pelajar bersedia hadapi Revolusi 4.0 - Maszlee
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menjelaskan, ia sekali gus persediaan untuk pelajar Malaysia bersaing di peringkat global.
Perancangan industri automotif budayakan teknologi masa depan - Tun Mahathir
Pendekatan itu berasaskan teknologi tinggi, yang menumpukan kepada pelaburan strategik dalam pembangunan rantaian bekalan tempatan dan peluang-peluang perniagaan baharu yang bersifat inovatif.
Dr Mahathir, Presiden Moon adakan perbincangan di Putrajaya
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, di Perdana Putra, di sini hari ini.
Malaysia di landasan tepat menjadi ekonomi digital sepenuhnya
Kerajaan pimpinan PH mencatatkan kemajuan yang baik dalam menyediakan negara, yang akan menyumbang kepada penerimagunaan teknologi secara lebih luas seperti IoT, pendigitalan dan automasi.
MTDC RAP bantu bangunkan industri robotik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memperkenalkan Program Pemecutan Robotik (MTDC RAP) khusus bagi kumpulan penyelidik di universiti awam dan swasta.
WEF: Cabaran komuniti ASEAN hadapi Revolusi Perindustrian 4.0
Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN 2018 (WEF ASEAN) hari ini membuka tirai di Pusat Konvensyen Nasional (National Convention Centre) di Hanoi.
Mimos akan terajui pembangunan kurikulum TVET
Mimos Bhd dijangka menerajui pembangunan kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kualiti program dan kebolehpasaran lepasan TVET.
Kadar pengangguran belia di Malaysia rendah - Idris Jusoh
Kadar pengangguran belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding New Zealand dan Australia, kata Datuk Seri Idris Jusoh.