Seorang lelaki tercampak lalu terperosok di bawah kereta selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer 51.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa seorang warga Myanmar berusia 20-an, dipercayai menunggang motosikal jenis Honda Dash dan berlanggar dengan motosikal jenis Yamaha Y150 sebelum dirempuh kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, mangsa terperosok di bawah kereta, manakala seorang lagi penunggang motosikal tercampak ke bahu jalan.
Kejadian disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain.
Menurutnya, ketika anggotanya tiba pada jam 1.32 pagi di lokasi kemalangan, mangsa dilihat berada di bawah kereta dalam keadaan mengerang kesakitan.
Tindakan yang diambil anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang adalah mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.
Kata Mohamadul Ehsan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan sebaik dia berjaya dikeluarkan.
Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta Persona, seorang wanita berusia 30-an, tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, seorang lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan di tangan dan kaki.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk bedah siasat, sementara mangsa yang cedera turut di hantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jan 07 2020
Penunggang motosikal terperosok di bawah kereta setelah dilanggar. - Foto JBPM Kedah
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Kanak-kanak lelaki OKU maut digilis jentera pembajak
Muhammad Aiman ditemui penduduk kampung tertiarap di dalam lumpur dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Empat unit rumah teres, tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Pokok Sena
Selain empat rumah terbabit, dua kereta dan sebuah motosikal turut terbakar dalam kejadian itu.
Empat rumah sederet terbakar di Alor Setar
Dua pasukan bomba bersama jentera dari BBP Jalan Raja dan Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian.
Remaja ditemukan lemas selepas terjatuh dalam kuari
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dikatakan terjatuh ke dalam kuari Bukit Belah, Tikam Batu, hari ini.
Lelaki jatuh bumbung terperangkap dalam rumah jiran
Pasukan penyelamat menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak dapat bangun.
Wanita OKU melecur dalam kebakaran
JBPM Kedah terima laporan pada jam 12.36 tengah malam dan anggota dari BBP Alor Setar dikejarkan ke lokasi.
Banjir Baling: Mangsa banjir di Kampung Iboi dipindahkan ke tempat selamat
Tiga keluarga banjir kilat di Kampung Iboi dipindahkan ke tempat selamat berikutan paras air Sungai Iboi mula melimpahi memasuki kediaman penduduk.
Bomba selamatkan tiga pemancing terperangkap arus sungai deras
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu menyelamatkan tiga pemancing yang terperangkap di Sungai Pedu, hari ini.
Kilang produk kesihatan terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kilang itu beroperasi pada sebelah siang manakala malam menghentikan operasinya.
Lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh dalam sungai
Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai dekat Jeti Nelayan Taman Nilam, hari ini.