Kerajaan tetap menyumbang subsidi petrol walaupun harga petrol RON95 diapungkan bermula 1 Januari 2020 berikutan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bagi mengurangkan impak perubahan harga kepada rakyat.
Pengarah Bahagian Rasionalisasi Petroleum Kenderaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Amran Ahmad berkata setiap kali semakan harga minyak dilakukan, kerajaan akan memastikan ia tidak melebihi 5 sen dengan kos selebihnya ditanggung melalui subsidi.
Apabila RON95 diapungkan, ia tidak akan naik secara mendadak sebaliknya berperingkat-peringkat, katanya.
"Pemberian subsidi itu diteruskan sepanjang kenaikan secara berperingkat harga minyak RON95 sehingga ia mencapai harga pasaran yang sepatutnya," katanya kepada Bernama selepas memberi taklimat mengenai PSP di sini hari ini.
Pada 7 Oktober lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pelaksanaan PSP yang akan melibatkan 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berkenderaan.
Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang disalurkan dalam bentuk pemindahan tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.
Semasa pembentangan Belanjawan 2020 Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kelompok yang tidak tergolong dalam B40 juga boleh menikmati subsidi berkenaan melalui Kad95 yang akan diberikan kepada mereka yang layak - berpendapatan kurang RM4,000, tetapi tidak tersenarai dalam BSH.
Kira-kira lima juta pemandu melalui Kad95 menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
Mengenai kebimbangan orang ramai sekiranya harga minyak RON95 naik mendadak di pasaran, Amran berkata melalui kajian yang dilakukan, jangkaan harga minyak mentah akan bergerak sekitar US$50 ke US$60 setong dalam jangka masa tiga ke empat tahun.
"Oleh demikian, rakyat tidak perlu khuatir tentang kenaikan harga minyak secara mendadak kerana ia akan dibuat secara beransur-ansur,"katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
Amran Ahmad ditemubual wartawan Bernama selepas menyampaikan taklimat berkenaan program subsidi petrol pada majlis Taklimat Khas Belanjawan 2020 dan Isu-Isu Semasa pada Selasa. - Foto BERNAMA
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Dialog Tiga Penjuru: Dah Daftar PADU?
Apa cara nak yakinkan dan beri jaminan kepada orang ramai berkaitan pendaftaran PADU adalah selamat daripada ancaman serangan siber?
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Harga ayam boleh didapati lebih rendah selepas diapungkan - Armizan
Menurut Armizan, pemain industri telah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa harga ayam tidak akan naik mendadak mulai 1 Nov serta memberi jaminan bekalan ayam mencukupi.
Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila diapungkan
Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.
Masih ada subsidi bantu serap kenaikan harga RON95
Kerajaan tetap menyumbang subsidi petrol walaupun harga petrol RON95 diapungkan bermula 1 Januari 2020 berikutan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP).