SYARIKAT penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) memohon maaf kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di atas kelewatan penerbangan tempoh hari.
Dalam masa sama, MAS kesal dengan kelewatan berkenaan yang disebabkan oleh masalah teknikal sehingga menyebabkan Mohamad terlepas temu janji penting dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di London, United Kingdom (UK).
“Malaysia Airlines memohon maaf atas kesulitan yang menyebabkan kelewatan jadual asal penumpang, termasuk Menteri Pertahanan.
“Kami membuat pengaturan penerbangan alternatif untuk rombongan menteri terbabit ke Perancis dalam rangka lawatan kerja di sana.
“Pihak kami menyedari temujanji menteri terbabit, namun ia satu keperluan bagi memastikan pesawat berkenaan selamat terbang sebagai faktor keselamatan penting setiap masa,” kata kenyataan itu lagi.
Mohamad dan pegawai Kementerian Pertahanan sepatutnya menaiki pesawat MH0002 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London pada malam 15 Jun tetapi pesawat itu tertangguh selama dua jam dan 30 minit.
Beliau sepatutnya singgah di London untuk bertemu Dr Mahathir namun terpaksa membatalkannya ekoran kelewatan itu.
BACA: MAS, jangan ulangi kesilapan ini - Pejabat Mat Sabu
Kementerian Petahanan dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kelewatan penerbangan berkenaan menyebabkan beliau terlepas temujanji penting dengan Dr Mahathir yang ketika itu berada di UK atas lawatan kerja.
“Kesulitan ini amat dikesali dan diharapkan pihak Malaysia Airlines tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.
Dalam perkembangan terbaharu, Mohamad Sabu berkata, MAS tidak perlu memohon maaf dan akan terus menyokong penerbangan negara.
Astro Awani
Tue Jun 25 2019
Menurut Malaysia Airlines, menjadi satu keperluan bagi syarikat untuk memastikan pesawat berkenaan selamat terbang sebagai faktor keselamatan penting setiap masa.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tren laluan Ampang-Sri Petaling alami kelewatan - Rapid KL
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, bagi memastikan keselamatan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan.
KPKT teliti aduan projek PR1MA alami kelewatan
Program PR1MA dimulakan pada tahun 2011 dengan objektif menyediakan perumahan kepada rakyat Malaysia berpendapatan menengah.
Syarikat penerbangan perlu tumpu aspek operasi, elak kelewatan penerbangan - Loke
Beliau telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang rendah bagi mencari penyelesaian isu terbabit.
Isu kelewatan program basmi miskin tegar diselesaikan minggu depan - Mustapa Mohamed
Isu kelewatan yang dihadapi 16 lokaliti Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Fasa Pertama akan diselesaikan minggu depan.
Hospital Parit Buntar dijangka siap 2023
Pembinaan itu kini mencapai 64 peratus dan dijangka siap pada 17 Mei 2023.
Lawatan kerja Harris diteruskan ke Vietnam selepas insiden kesihatan misteri
Terdahulu, delegasi beliau menangguhkan perjalanan ke negara itu gara-gara kebimbangan mengenai penyakit misteri iaitu sindrom Havana.
RiVAC penting untuk kekal punca pendapatan, kemandirian perniagaan - Nanta
Beliau berharap tidak berlaku kelewatan untuk memulakan program itu yang dijadualkan pada 26 Julai ini.
COVAX sasar agih 520 juta dos vaksin ke Afrika tahun ini
Walaupun tahap pengagihan vaksin pada masa ini dilihat perlahan, namun COVAX merasakan ia akan meningkat mulai September ini.
AstraZeneca di landasan penuhi jadual penghantaran vaksin ke Asia Tenggara
Kilang Siam Bioscience Co Ltd yang mengeluarkan vaksin berkenaan di Thailand, akan menghasilkan kira-kira 180 juta dos tahun ini.
Kelewatan terima vaksin jejas program vaksinasi Thailand
Kelewatan penghantaran vaksin COVID-19 ke Thailand memaksa beberapa hospital dan pusat vaksinasi di Bangkok menunda janji temu.