Baka kambing baharu, dikenali sebagai 'BK' dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), hari ini, sekali gus bakal memenuhi kehendak pasaran selain memastikan bekalan makanan negara ini terus terjamin.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata BK merupakan kacukan antara baka kambing Boer betina dan baka kambing Katjang jantan, di mana hasilnya menjadi baka BK yang bersaiz sederhana besar dan sesuai untuk pasaran domestik pada umur dua tahun dengan berat antara 45 dan 55 kilogram.
"Syabas dan tahniah kepada Mardi atas inovasi ini. Hari ini kita dapat menyaksikan baka baharu ini yang dengan rasminya saya namakan 'BK' bersempena nama gabungan Boer dan Katjang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran baka baharu BK dan perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan Mardi, di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.
Salahuddin berkata antara kelebihan BK adalah kadar pertumbuhan dan kebuntingan yang tinggi sehingga 93 peratus, daging yang akan dihasilkan kurang berbau hamis, serta umur sesuai dibiakkan lebih awal.
Menurutnya, BK juga lebih berdaya tahan terhadap penyakit dan jangkitan parasit, manakala binaan badan juga lebih berotot serta kurang lemak.
"Saya tidak ragu lagi dengan kemampuan yang dimiliki Mardi terutamanya dalam kejuruteraan genetik. Saya rasa ramai saintis kita setanding saintis dunia.
"Tetapi isunya adalah hasil penyelidikan ini dapat dikomersilkan pada akan datang. Bila dikomersilkan, barulah kita dapat tambah pendapatan isi rumah terutamanya golongan B40," katanya dengan menambah ketika ini terdapat 80 ekor kambing BK di COE Ternakan Mardi.
Sementara itu, Mohamad Roff berkata COE Ternakan Mardi merupakan transformasi naik taraf Mardi Kluang dan merupakan COE ketiga dilancarkan selepas COE Buah-Buah Tropika di Mardi Sintok, Kedah, serta COE Padi di Mardi Seberang Prai, Pulau Pinang.
"Transformasi ini penting untuk memastikan penyelidikan dan pemindahan teknologi yang dijalankan lebih strategik, lebih holistik dan menepati kehendak industri masa kini, yang berbeza dari kehendak industri hampir 50 tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 28 2019
Salahuddin serta Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan (dua, kanan) memegang anak kambing baka BK ketika melawat ke kandang baka kambing itu di MARDI Kluang, 28 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
Mardi lancar baka kambing baharu dikenali 'BK'
Kacukan antara baka kambing Boer betina dan baka kambing Katjang jantan menjadi baka BK yang bersaiz sederhana besar dan sesuai untuk pasaran domestik pada umur dua tahun.