Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan ibu bapa yang tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mengawasi anak-anak mereka.
Pesanan itu disampaikan secara peribadi kepada beberapa ibu bapa yang ditemuinya semasa melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temai di sini, pada Ahad.
Mangsa banjir Ramzi Mohd Amin, 49, berkata beliau tidak menyangka perdana menteri akan berhenti bertanya khabar dirinya kerana beliau tidak menunggu kedatangan pemimpin negara itu sebab sedang menidurkan anaknya dalam buaian.
"Tiba-tiba saya nampak ramai orang datang ke arah saya...rupanya PM (perdana menteri) menuju ke arah saya. Beliau datang dan tanya berapa lama sudah saya berada di sini?
"Kemudian beliau lihat anak dan pesan jangan bagi anak-anak main dekat air. Jaga keselamatan diri dan anak. Beliau juga minta saya bersabar dengan ujian ini," katanya semasa ditemui Bernama di sini, hari ini.
Ramzi yang bekerja sendiri memaklumkan beliau berpindah ke PPS itu bersama enam anggota keluarganya sejak rumahnya di Temai Hulu di sini, dinaiki air sejak Khamis lalu.
Terdahulu Datuk Seri Najib tiba di SK Temai pada 11.45 pagi dengan menaiki bot kerana laluan masuk ke PPS yang menempatkan 96 mangsa banjir daripada 21 keluarga itu dinaiki air setinggi dua meter.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Seorang lagi mangsa banjir, Olin Muhammad, 70, berkata Datuk Seri Najib turut bertanya khabar isterinya Noriah Kassim, 65, dan kelihatan gembira apabila melihat wanita itu menggunakan kerusi roda sumbangan beliau.
"Beliau juga tanya jika ada doktor menjenguk keadaan isteri dan saya beritahu ada...ada doktor yang akan bertanya keadaan isteri beberapa kali sejak kami berkampung di sini," katanya.
Bagi Jamaluddin Imran, 31, beliau seronok apabila dapat melihat sendiri Anggota Parlimen Pekan itu di depan mata kerana sebelum ini, beliau jarang dapat bersua muka memandangkan kehadiran orang yang ramai di pusat itu.
"Rezeki saya pula berdiri di tepi tangga yang dilalui PM. Tak sangka beliau lalu betul-betul bersebelahan saya sebab selalunya tengok dari jauh sahaja," katanya.
Sementara Fatimah Mat Ariff, 38, yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sri Damai, Kuantan bersama empat orang anaknya yang berumur 18 tahun hingga tiga bulan, turut melahirkan penghargaan kepada perdana menteri kerana sudi bertanya khabar mangsa banjir walaupun sibuk dengan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara.
"Walaupun sibuk, tetapi beliau masih sudi berjumpa kami...rasa gembira sebab biasanya tengok dalam tv, sekarang bolehlah tengok depan-depan," katanya.
Katanya kehadiran pemimpin lain juga seperti Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Shahidan menunjukkan keprihatinan kerajaan tentang kebajikan mangsa banjir.
Bagi seorang warga emas yang turut ditempatkan di pusat pemindahan itu Ali Awang, 71, pula tidak menyangka mimpi bertemu dan bersalam dengan perdana menteri lima bulan lalu akhirnya menjadi kenyataan.
"Tak sangka dalam ramai-ramai mangsa di pusat pemindahan ini, perdana menteri memilih untuk berbual dengan saya. Ia ibarat mimpi jadi kenyataan sebab saya pernah mimpi perkara yang sama lima bulan lepas," katanya yang menghidap penyakit saraf menyebabkan dia lumpuh dan terpaksa duduk di atas kerusi roda.
Menurutnya sepanjang berbual, perdana menteri banyak menasihatinya agar menjaga kesihatan selain turut menyatakan kesediaan memberikan sebuah kerusi roda yang baharu bagi menggantikan yang lama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat Sekolah Kebangsaan Temai yang dilanda banjir pada 7 Disember 2018. - Foto BERNAMA
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
[TERKINI] SPRM percaya pegawai polis ditahan tidak bergerak solo
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara mungkin tidak menjalankan aktiviti secara solo.
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Satu PPS dibuka di Bau
PPS yang dibuka pada 7 pagi tadi itu menempatkan 64 orang daripada 16 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.
Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 27 malam ini
Sebanyak 27 mangsa banjir daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, Pahang, setakat 8 malam ini.
300 sukarelawan Pemuda UMNO laksana misi pascabanjir di Dungun
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Skuad Sabil menggerakkan 300 ahlinya bagi membantu mangsa banjir di daerah Dungun, hari ini.
Mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang berlindung di dua PPS
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang daripada 149 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Terengganu berkurang sedikit kepada 463
Sebanyak 463 orang daripada 149 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun, Terengganu setakat 4 petang ini.