Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada majlis penyampaian anugerah 'Third Sheikh Tamim International Anti-Corruption Excellence Award' yang dijadual berlangsung di Putrajaya bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah Qatar memilih Malaysia sebagai tempat berlangsungnya acara itu jelas menunjukkan bahawa usaha kerajaan untuk membanteras penyelewengan dan korupsi kini mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Beliau berkata Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sendiri akan menyampaikan anugerah kepada pemenang dari seluruh dunia dan akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia bagi tujuan itu.
"Malaysia dipilih kerana pihak Qatar melihat Malaysia sebagai negara contoh dalam 'good governance' dan mereka mengambil maklum usaha-usaha gigih kerajaan dalam memerangi gejala rasuah," katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia di sini pada Ahad.
Dr Wan Azizah yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Qatar hari ini mengadakan tiga pertemuan dua hala iaitu menghadap Emir Qatar, kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Qatar merangkap Menteri Dalam Negeri Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Pentadbiran, Buruh dan Hal Ehwal Sosial Yousif Mohammed Al Othman Fakhro.
BACA: Dr Wan Azizah temui Emir Qatar di Doha
Beliau berkata pelbagai perkara dibincang dalam ketiga-tiga pertemuan itu, yang merangkumi aspek hubungan dan kerjasama dua hala serta isu-isu lain yang mempunyai kepentingan bersama.
Semasa kunjungan menghadap ke atas Emir Qatar, Dr Wan Azizah berkata beliau menyampaikan hasrat agar kedua-dua pihak meningkatkan lagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan serta bertukar-tukar pandangan mengenai masalah perpaduan di kalangan umat Islam dan isu Palestin dan Rohingya.
"Saya juga telah memaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai barang termasuklah bekalan simen berkualiti yang boleh dieksport ke Qatar," katanya.
Beliau berkata Malaysia juga mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan perubatan, dan beliau turut mencadangkan warga Qatar yang memerlukan rawatan di luar negara supaya memilih Malaysia untuk tujuan itu.
Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan dengan perdana menteri Qatar yang turut menyampaikan salam kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Wan Azizah berkata dari segi kerjasama ekonomi, Malaysia dan Qatar akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai cadangan untuk mengadakan mesyuarat kedua Joint Trade Committee (JTC) di Kuala Lumpur tahun depan.
"Ini kerana sudah terlalu lama (tiada mesyuarat susulan) sejak mesyuarat pertama JTC diadakan iaitu di Doha pada tahun 2009," katanya.
Timbalan perdana menteri berkata perbincangan dengan Menteri Pembangunan Pentadbiran, Buruh dan Hal Ehwal Sosial pula bertumpu kepada isu-isu pembangunan wanita, masyarakat, sosial dan pekerja.
"Saya telah menyarankan kepada beliau agar Malaysia dan Qatar bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran dalam bidang-bidang itu.
"Kami turut berbincang mengenai pendekatan yang diambil oleh kedua-dua negara dalam isu penjagaan kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 25 2018
Dr Wan Azizah mengadakan pertemuan dengan Yousif di Kementerian Pembangunan Pentadbiran, Buruh dan Hal Ehwal Sosial, Qatar di Doha, 25 Nov, 2018. --fotoBERNAMA
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Malaysia tuan rumah 'Third Sheikh Tamim International Anti-Corruption Excellence Award' bulan depan
Langkah Qatar memilih Malaysia sebagai tempat berlangsungnya acara itu jelas menunjukkan bahawa usaha kerajaan untuk membanteras penyelewengan dan korupsi kini mendapat pengiktirafan antarabangsa.