Malaysia tekad dalam usahanya mendapatkan keadilan untuk mangsa Penerbangan MH17 Malaysia Airlines dan berusaha mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi malang itu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata kerajaan Malaysia bersama-sama dengan rakan-rakan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) tetap dengan komitmen mereka untuk mendapatkan keadilan dengan mendakwa pelaku yang bertanggungjawab melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
"Dalam hal ini, kami menyambut baik keputusan bersama yang dicapai JIT untuk melaksanakan pendakwaan peringkat kebangsaan di Belanda sebagai proses berkesan bagi memastikan akauntabiliti yang mematuhi standard tertinggi antarabangsa.
"Kami juga sukacita mendapat tahu bahawa Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda akan membuat keputusan yang perlu mengenai pendakwaan dalam masa sewajarnya memandangkan siasatan jenayah itu masih dijalankan," katanya dalam kenyataan sempena memperingati ulang tahun ketiga insiden MH17 di sini, Ahad malam.
JIT dianggotai oleh Malaysia, Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia.
Pesawat MH17 telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru. Mangsa terdiri daripada rakyat Belanda, Malaysia, Australia, Indonesia, Britain, Belgium, Jerman, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Mengenai insiden malang itu, Liow berkata tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan, kesakitan dan kesedihan yang dialami keluarga dan orang tersayang kepada mereka yang terbabit dalam kejadian tragis itu tiga tahun lepas.
"Tiga tahun mungkin telah berlalu, tetapi kenangan mengenai penumpang dan kru pesawat itu akan sentiasa bersama-sama dengan kita, dan mereka akan terus diingati dengan penuh rasa kasih dan sayang. Sepuluh negara kehilangan rakyat mereka dalam tragedi ini.
"Hari ini, sebenarnya, adalah hari yang amat menyedihkan bagi kita semua. Bagaimanapun, dalam masa-masa yang sukar ini, kita mesti mengukuhkan solidariti dan perpaduan sesama kita dalam memperingati tragedi MH17," katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada JIT dan negara-negara lain serta pelbagai organisasi yang telah membantu Malaysia semasa melalui tempoh mencabar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2017
Pesawat MH17 telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru. - Gambar fail
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda
Bakal pelabur Belanda sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.
Belanda hukum ketumpulan Scotland
Scotland dihukum pada lewat permainan apabila dibelasah 0-4 kepada Belanda dalam pertemuan persahabatan di Amsterdam, awal pagi tadi.
Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara selepas tewas 2-5 kepada Belanda
Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama.
Kerjasama dengan Belanda langkah terbaik atasi masalah banjir di Malaysia - Pakar
Katanya, usaha berkenaan boleh mengurangkan kerugian ditanggung penduduk terjejas akibat bencana alam itu yang berlaku saban tahun.
Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar
Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir di negara ini.
Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.
Belanda setuju sokong Malaysia pada mesyuarat MSPO kedua Disember ini - Fadillah
Pengiktirafan MSPO ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Mbappe pastikan Perancis ke kejohanan utama
Selepas meletakkan The Blues di depan seawal minit ketujuh, Mbappe menambah satu lagi jaringan pada lapan minit terakhir separuh masa pertama.
Belanda di landasan tepat ke Euro 2024
Pasukan kendalian Ronald Koeman itu terlebih dahulu dikejutkan menerusi sepakan penalti Adam Idah, meletakkan Ireland di hadapan.
Ukraine akan terima jet F-16 dari Belanda, Denmark
Ukraine terima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia.