Aspek kesiapsiagaan bagi mendepani norma baharu kehidupan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam memastikan rakyat Malaysia bersedia menghadapi fasa pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata ini kerana rakyat bakal berdepan dengan persekitaran yang berbeza berbanding dengan keadaan sebelum PKP dilaksanakan.
"Kita perlu sentiasa bersiap sedia, jadi kita kena tingkatkan persediaan, sebagai sebuah masyarakat. Pandemik COVID-19 ini dilihat menggoncang keseluruhan sistem budaya dan tingkah laku kita," katanya ketika menjadi panel dalam forum FBLive Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bertajuk 'Kesan PKP Dari Kaca Mata Saintifik', pada Selasa.
"Contohnya budaya kita suka bersalam-salaman dan melawat saudara-mara. Jadi selepas PKP tamat, kita tak boleh kembali ke cara biasa kerana ia akan mengambil masa bagi virus (COVID-19) untuk hilang sepenuhnya," tambahnya.
Beliau berkata antara suasana baharu yang bakal dialami pasca PKP adalah ketika menyambut bulan Ramadan serta perayaan, menziarahi rumah sanak-saudara dan berjumpa dengan rakan-rakan.
Oleh itu menjelang ketibaan bulan Ramadan, beliau menasihatkan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mengambil peluang ini bagi meningkatkan lagi urusan ibadah diri.
"Norma baharu ini bukan untuk selama-lamanya. Sekurang-kurangnya kita perlu faham.. ini adalah untuk masa depan dan memudahkan kita (sekiranya kita bersiap-sedia)," katanya
Forum itu dikendalikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Senada dengan Dr Jamilah ialah pakar psikiatri dari Universiti Malaya Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin yang juga menjadi panel dalam forum itu.
Jelas Dr Amer, perbincangan secara mendalam perihal aspek kesiapsiagaan perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia benar-benar bersedia mengharungi pasca PKP.
"Jadi pastinya akan ada perbezaan ketara. Sambutan syawal (mungkin) tidak seperti dulu, bazar Ramadan pun tidak digalakkan dan solat terawih pun ada perbezaannya selepas ini.
"Ada segelintir masyarakat dapat menyesuaikan diri dengan baik, tetapi ada juga yang tidak. Jadi kita kena ada perancangan dan komunikasi yang jelas, semasa peralihan dan pasca PKP, bagi mengelak berlakunya masalah," jelas Dr Amer.
Dalam pada itu, kedua-dua panel bersetuju dengan amalan jarakan sosial serta kebersihan diri secara konsisten, Malaysia dapat memerangi penularan wabak COVID-19.
Dr Jemilah menyuarakan harapannya agar rakyat Malaysia maju ke hadapan dan bersatu bagi menangani COVID-19, meskipun ia memakan masa.
"Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari (daripada isu COVID-19). Ia menghantar satu mesej, 'Saya sayangkan awak, kerana itu jarakan diri saya'.
"Semuanya akan mengambil masa. Sebagai seorang doktor saya berpandangan orang akan maafkan anda sekirany mereka kehilangan wang, tapi mereka tidak akan maafkan anda sekiranya ia melibatkan nyawa yang tersayang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 07 2020
Dr Jemilah Mahmood menyuarakan harapannya agar rakyat Malaysia maju ke hadapan dan bersatu bagi menangani COVID-19, meskipun ia memakan masa.
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.