Malaysia menumpukan capaian internet dapat diakses rakyat di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.
Beliau berkata dengan itu kadar kelajuan perkhidmatan internet di Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara lain di rantau ini berikutan pendekatan yang digunakan kerajaan masing-masing dalam menyediakan perkhidmatan itu berbeza antara satu sama lain.
"Berbeza dengan negara Vietnam (contohnya), ia (capaian internet) lebih bertumpu ke bandar raya Ho Chi Minh... begitu juga dengan Singapura yang mempunyai jumlah penduduk tidak sama dengan Malaysia.
"Rangkaian jalur lebar dan 4G di Malaysia difokus secara menyeluruh ke seluruh negara," katanya kepada pemberita pada majlis Switch Onn dan Santai bersama Masyarakat di Tanah Lot Kampung Bukit Gemuroh, di sini, pada Jumaat.
Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu mengulas artikel yang disiarkan sebuah portal pada Khamis yang menyatakan Malaysia mempunyai rangkaian 4G di semua tempat tapi di antara yang paling perlahan.
Kajian dilakukan oleh Open Signal, sebuah syarikat pakar mengenai rangkaian pemetaan tanpa wayar itu menyatakan walaupun taraf 4G negara mencapai 74.88 peratus tetapi kelajuannya hanya 14.83 Mbps.
Jailani berkata Malaysia melaksanakan program pembangunan jalur lebar iaitu Program Perkhidmatan Sejagat (USB) yang dana disumbangkan oleh pihak pemberi perkhidmatan dan dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang berperanan mengenal pasti lokasi terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang liputan internet.
Beliau berkata negara turut memperluaskan rangkaian jalur lebar kepada penduduk berpandukan jumlah penduduk di sesuatu kawasan dengan memastikan dalam satu kilometer persegi yang mempunyai 80 orang penduduk perlu diliputi infrastruktur dan rangkaian telekomunikasi.
Selain itu, katanya pihak syarikat telekomunikasi menerusi syarat yang telah dipersetujui perlu menyediakan infrastruktur bagi memastikan di setiap kawasan di Malaysia akan dapat kemudahan capaian internet.
"Kami sedia maklum mengenai komen yang diberi dan saya ingin tekankan proses naik taraf daripada 3G kepada 4G sedang berlangsung ketika ini dan meliputi semua rangkaian di seluruh Malaysia.
"Disasarkan pada tahun 2025 kadar jalur lebar akan berada pada tahap 95 peratus berbanding 84 peratus sekarang," katanya.
Beliau berkata kadar jalur lebar di Malaysia adalah yang terbaik dengan setiap kawasan disediakan kemudahan itu.
- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2018
Malaysia memperluaskan rangkaian jalur lebar kepada penduduk berpandukan jumlah penduduk di sesuatu kawasan. - Gambar fail
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
ECRL Malaysia yang pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Rangkaian komunikasi itu akan membantu meningkatkan tahap keselamatan serta membolehkan komunikasi dan isyarat lebih pantas.
Lawrence Wong dipilih ketuai pasukan 4G, buka laluan sebagai bakal PM Singapura
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan para menteri republik itu memilih Menteri Kewangan semasa Lawrence Wong sebagai Ketua Pasukan Generasi Keempat (4G) yang baharu.
SKMM jangka tutup rangkaian 3G sepenuhnya bulan depan
Perkhidmatan liputan 4G di negara ini akan ditambah baik dalam memastikan mutu perkhidmatan rangkaian itu mampu memuaskan hati pelanggan.
Lima menara baharu dibina di Sabah, wujudkan rangkaian liputan lebih pantas
226 stesen pemancar sedia ada dinaik taraf kepada teknologi 4G dan 399 stesen pemancar sedang dinaik taraf secara berperingkat di Sabah.
Celcom, ZTE optimumkan 100 tapak rangkaian di Sabah & Sarawak sebagai persediaan 4G
Penggunaan L900 dikenalpasti dapat menyelesaikan penambahbaikan 4G dengan segera.
Rangkaian 4G untuk semua kawasan Felda dalam masa terdekat - Annuar
Kesemua 317 kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara akan diberikan keutamaan dalam mewujudkan kesalinghubungan rangkaian 4G dalam masa terdekat.
Maxis lancar kempen dan promosi pacu naik taraf 4G
Maxis Bhd telah melancarkan kempen "Balas Budi dengan 4G" yang bertujuan untuk menyokong dan membantu pelanggan dalam membuat peralihan kepada rangkaian 4G.
Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC
Perkembangan memberangsangkan ini susulan inisiatif pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Yoodo tawar pelan data internet 80GB sebulan serendah RM5
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 telah menunjukkan penggunaan internet harian meningkat dengan ketara.
Lebih 1,000 penduduk dua kampung di Setiu nikmati liputan 4G - MCMC
Menara komunikasi itu juga memberi manfaat dan impak positif untuk sektor pelancongan kerana berdekatan dengan pantai Penarik.