Malaysia dinobat sebagai ekonomi membangun Asia paling inklusif oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada tahun ini, naik dua anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu.

Ia juga meletakkan Malaysia di hadapan Thailand, China, Vietnam, dan Indonesia.

Laporan turut meletakkan Malaysia di tangga ke-13 Indeks Pembangunan Inklusif (IDI) bagi kalangan ekonomi membangun dunia, mengatasi negara seperti Kazakhstan, Turki, Iran, India dan Mesir.


Malaysia di kedudukan pertama sebagai ekonomi paling inklusif antara ekonomi membangun Asia lain.



Graph, Asian


Kajian IDI diwujudkan sebagai indikasi alternatif untuk mengukur pertumbuhan ekonomi.

Indeks tersebut melibatkan 103 negara yang terbahagi kepada dua kategori - ekonomi membangun dan ekonomi maju.

Bagi kategori ekonomi maju pula, Norway berada di kedudukan pertama Indeks Ekonomi Maju Paling Inkuslif diikuti Iceland dan Lexembourg.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Allen Ng yang melakukan kajian mendalam mengenai pertumbuhan inklusif di Malaysia berkata penting bagi negara menyeimbangkan pertumbuhan inklusif dan produktiviti.

Tambah Allen, pertumbuhan negara semakin bersifat inklusif sejak awal 2000, disokong oleh kajian KRI yang menunjukkan wujud perubahan struktural dalam ekonomi Malaysia ke arah sektor perkhidmatan bersifat intensif buruh.

"Pertumbuhan inklusif memberikan risiko tersendiri kepada ekonomi apabila ia mungkin akan menjejaskan potensi pertumbuhan ekonomi masa hadapan memandangkan pertumbuhan tersebut kurang bergantung kepada produktiviti dan teknologi," jelasnya.