Penganjur acara perdagangan industri, Informa Markets menggesa kerajaan menimbang membuka semula sempadan bagi pengembara perniagaan dari negara-negara yang telah berjaya mengawal penularan pandemik COVID-19.
Pengarah Urusan Kumpulan Perniagaan ASEANnya M Gandhi berkata pelaksanaan 'travel bubble' bagi pengembara perniagaan antarabangsa akan membantu merangsang ekonomi Malaysia.
Menurutnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia turun kepada 0.7 peratus pada suku pertama 2020 berbanding 4.5 peratus dalam suku yang sama tahun lepas apabila pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara terjejas oleh pandemik tersebut dan seterusnya oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Lebih awal kita boleh bawa kembali perdagangan antarabangsa ke Malaysia, lebih pantas kita akan pulih," katanya kepada Bernama.
Istilah 'travel bubble' atau 'travel corridor' merujuk kepada perjanjian yang mana negara-negara yang berjaya membendung COVID-19 boleh membuka sempadan mereka kepada antara satu sama lain bagi membolehkan pergerakan bebas dalam 'zon hijau' tersebut.
Buat permulaan, katanya, 'travel bubble' perlu dihadkan kepada Korea Selatan, Taiwan, Jepun, China, Thailand, Singapura, Australia, Vietnam dan Hong Kong yang mempunyai bilangan kes baharu harian yang hampir sama.
Pada 2019, Malaysia menerima kira-kira 930,000 pengembara perniagaan -- 60-70 peratus daripadanya adalah daripada negara yang disebut di atas, yang membawa perdagangan bernilai kira-kira RM1.2 trilion.
"'Travel bubble' ini boleh menjana ekonomi perdagangan secara perlahan-lahan, tetapi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat perlu dipatuhi.
"Pengembara perniagaan perlu memastikan mereka mengambil ujian (COVID-19) sebelum memasuki Malaysia," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata kerajaan telah menerima cadangan bagi pelaksanaan 'travel bubble' dengan negara-negara jiran tetapi belum memuktamadkan keputusannya berhubung perkara itu.
Ini kerana, katanya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum keputusan boleh dibuat.
Menurut Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS), industri acara perniagaan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun lepas.
Pada 2019, sejumlah 1,025 acara perniagaan dianjurkan, yang menarik lebih 540,000 pengembara perniagaan antarabangsa ke Malaysia.
Acara-acara ini menyumbang perbelanjaan langsung bernilai RM3.9 bilion kepada negara dan menjana impak ekonomi sebanyak RM9.2 bilion, kata MACEOS.
Kerajaan pada dasarnya telah meluluskan SOP bagi subsektor pelancongan untuk menyambung semula perniagaan.
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) serta festival perdagangan dan pelancongan dalam negara.
Gandhi berkata sebagai penganjur acara, Informa Markets bersedia untuk bermula dengan menumpukan hanya kepada pembeli dan penjual domestik sahaja.
"Bagaimanapun, seperti yang kami katakan, pembeli domestik mempunyai sumber yang terhad untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, oleh itu, kita perlukan pembeli antarabangsa untuk datang agar ekonomi kita boleh pulih dengan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020
Kerajaan pada dasarnya telah meluluskan SOP bagi subsektor pelancongan untuk menyambung semula perniagaan. - Gambar hiasan
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.