Jualan tahun baharu Malaysia Airlines bermula esok, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.
Tawaran berlangsung sehingga 20 Januari 2020 untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2020.
Ini bermakna, tambang kelas ekonomi ke Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru masing-masing bermula dari RM89, Kuching dari RM129, Kota Kinabalu dari RM179, Phuket dari RM219, Jakarta dari RM229 dan Bangkok dari RM259.
Mereka yang berhasrat memulakan tahun 2020 untuk meneroka budaya dan tempat baharu, boleh mengunjungi destinasi di India, China, Korea dan Australia, dengan kelas ekonomi dua hala ke Chennai dari RM899, Kochi dari RM699, Shanghai dari RM1,199, Seoul dari RM1,399, Brisbane dari RM1,599, London dari RM2,899 dan Auckland dari RM2,999, menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan.
Selain itu, Malaysia Airlines juga akan menawarkan tawaran nilai bundle hebat kepada pelanggan, dengan diskaun 20 peratus.
Menerusi nilai bundle ini, penumpang layak mendapat tambahan 10kg bagasi dengan kerusi standard.
Untuk pakej premium, penumpang layak mengakses KLIA Golden Lounge selain tempat duduk dengan ruang kaki tambahan, kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May.
"Kami bangga menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, dengan tawaran itu merupakan perhubungan akhir untuk kebanyakan pelancong dari seluruh dunia, yang semestinya tertarik untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian mereka seterusnya.
"Nikmati Hospitality Malaysia dari awal dan alami pengalaman budaya unik yang kami tawarkan, daripada fesyen tempatan sehinggalah kepada alam semula jadi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 01 2020
Jualan tahun baharu Malaysia Airlines bermula esok, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Malaysia Airlines tawar tambang tetap bagi kelas ekonomi
Tawaran itu memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk membuat tempahan perjalanan berdasarkan keperluan dan keutamaan perjalanan mereka serta kemampuan untuk membeli.
Malaysia Airlines perluas destinasi bagi pilihan tambang Kelas Ekonomi
Malaysia Airlines sentiasa berada di hadapan untuk menawarkan tambang dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seluruh dunia.
Malaysia Airlines tawar tambang diskaun 2020
Jualan tahun baharu Malaysia Airlines bermula esok, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.
Kadar pulangan penumpang penerbangan meningkat sedikit pada Ogos - IATA
Pelarasan musim tempat duduk tersedia setiap kilometer industri itu meneruskan aliran kenaikan untuk tiga bulan berturut-turut pada Ogos.
Malaysia Airlines syarikat penerbangan rasmi MATTA 2018
Pengguna boleh membeli pelbagai pakej domestik dan antarabangsa yang amat bernilai dari lebih 265 peserta kalangan ahli MATTA dan organisasi lain yang mengambil bahagian di pameran tersebut.
KTMB terima sembilan gerabak ETS kelas perniagaan mulai September
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata gerabak itu akan diterima secara berperingkat iaitu satu gerabak pada setiap bulan.
Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 40 peratus
Pembelian bagi Jualan Pertengahan Tahun MAB itu boleh dibuat menerusi laman sesawang Malaysia Airlines.
MAS tawar diskaun sehingga 30 peratus bermula esok
Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskuan sehingga 30% bagi penerbangan kelas ekonomi dan kelas perniagaan bermula 14 hingga 24 November 2017.
Malindo Air tawar promosi dua juta tempat duduk
Tawar promosi bagi kelas ekonomi dan perniagaan semasa Jualan Mega Pertengahan Tahun dengan perjalanan mulai 1 Julai 2017 hingga 31 Mac 2018.