Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines akan mengelakkan ‘laluan konflik’ di ruang udara Iran termasuk Iraq susulan ketegangan yang tercetus di rantau itu.

Lapor Reuters perkara itu dimaklumkan kepada agensi berita itu menerusi satu emel.

Keadaan di rantau itu tegang pada pagi Rabu berikutan serangan peluru berpandu terbaharu Tehran ke arah kepentingan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Tehran melancarkan serangan itu berikutan pembunuhan komander kanan negara itu Qassem Solemani oleh tentera Amerika Syarikat.

BACA: Konflik AS-Iran: FAA keluar sekatan penerbangan, SIA elak ruang udara Iran