Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah diarahkan untuk menyelesaikan masalah susun atur tempat duduk dan tandas di kelas perniagaan dalam pesawat Airbus A350-900XWB, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata pihaknya menerima beberapa rungutan dan aduan penumpang mengenai tempat duduk yang tidak selesa dan tandas tidak mencukupi di kelas perniagaan penerbangan itu.
Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.
"Saya telah mengarahkan MAB untuk mengendalikan aduan ini secepat mungkin agar keselesaan penumpangan sentiasa terjamin dan diutamakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Fasa Dua Pusat Membeli-Belah Mitsui Outlet Park di sini hari ini.
MAB akan menerima enam pesawat A350-900 itu secara berperingkat menerusi pajakan daripada Air Lease Corp. MAB menerima pesawat pertama Airbus A350-900XWB itu pada 30 November lepas.
Pesawat itu memiliki 286 tempat duduk dengan tiga kelas, yang terdiri daripada empat tempat duduk kelas pertama, 35 tempat duduk kelas perniagaan dan 247 tempat duduk kelas ekonomi.
Liow berkata MAB tidak diberi tempoh masa untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
"Terpulang kepada mereka untuk menangani isu ini termasuk menjalankan siasatan dalaman berhubung aduan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018
LIOW: Tanganai aduan penumpang mengenai tempat duduk yang tidak selesa dan tandas tidak mencukupi di kelas perniagaan.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Malaysia Airlines diarah selesaikan masalah susun atur tempat duduk pesawat A350-900
MAB diarahkan untuk menyelesaikan masalah susun atur tempat duduk dan tandas di kelas perniagaan dalam pesawat Airbus A350-900XWB, kata Menteri Pengangkutan.