Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan bulan depan untuk mendengar permohonan perintah interim seorang wanita yang mendakwa isteri kepada bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu.
Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, memfailkan permohonan interim di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Mac lalu bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bayaran nafkah RM25,000 kepadanya setiap bulan.
Peguam R.S.N Rayer dan Ramesh Sivakumar yang mewakili Meeriam memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hashim Hamzah.
Menurut Rayer, hakim menetapkan 17 Jan depan kerana prosiding saman oleh Datuk Seri S. Vell Paari terhadap ayahnya yang juga bekas Menteri Kerja Raya akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Dis ini.
Pada 2 Dis lalu, Vell Paari memfailkan saman terhadap bapanya untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya siasatan dilakukan bagi menentukan sama ada bekas Presiden MIC itu mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.
Sementara itu, Ramesh berkata Meeriam dan Samy Vellu telah berkahwin secara adat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1981.
Katanya perkahwinan itu adalah sah mengikut undang-undang kerana ia berlangsung sebelum tahun 1982 yang mewajibkan semua perkahwinan bagi bukan Islam didaftarkan.
Dalam pada itu, Meeriam berkata beliau menuntut bayaran nafkah RM25,000 setiap bulan untuk keperluan diri selain perlu membiayai bayaran gaji pembantu rumah serta kos penyelenggaraan kediaman yang dihadiahkan Samy Vellu kepadanya.
Beliau juga memaklumkan kali terakhir berjumpa dengan Samy Vellu adalah enam bulan lepas di Kuala Lumpur dan mendakwa bekas Presiden MIC tersebut berada dalam keadaan baik termasuk dari segi mental.
"Saya berjumpa dengannya kira-kira sejam dan dia menasihati saya supaya jangan risau, jangan datang ke Kuala Lumpur, dia (Samy Vellu) yang akan datang ke Ipoh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, (depan, tengah) memfailkan permohonan interim di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Mac lalu bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu. - Foto Bernama
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Mengenang Samy Vellu: Negara kehilangan seorang pemimpin hebat - PM
Samy Vellu sebelum ini berjaya menyatukan masyarakat India di Malaysia, selain memperjuangkan nasib kaum itu, kata Ismail Sabri.
Mahkamah tangguh dengar permohonan interim wanita dakwa isteri Samy Vellu
Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan bulan depan untuk mendengar permohonan perintah interim seorang wanita yang mendakwa isteri kepada bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu.