Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh meneruskan rayuannya terhadap keputusan mahkamah rayuan yang menyebelahi tiga pengundi Hulu Selangor berhubung perubahan sempadan kawasan pilihan raya Kuala Kubu Bahru (KKB) dan Batang Kali.
Ini berikutan kebenaran diberikan oleh panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan kepada SPR dan Ketua Penolong Setiausahanya.
Pada 3 Julai tahun ini, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada tiga pengundi itu - P.Maradeveran, Zahar Rusuli dan Yong Chan Hee -- memulakan cabaran perundangan menerusi semakan kehakiman terhadap keputusan SPR mengubah sempadan kedua-dua kawasan pilihan raya itu.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop yang mempengerusikan panel disertai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Azahar Mohamed, berpendapat wujud persoalan undang-undang yang memerlukan hujah seterusnya.
Hakim Ahmad memberi kebenaran kepada SPR untuk merayu terhadap permohonan berhubung persoalan undang-undang yang mana Mahkamah Persekutuan akan menetapkan hari lain untuk mendengar rayuan itu.
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan tentang isu termasuk sama ada pengundi boleh mencabar di mahkamah mengenai daftar pengundi yang telah diwartakan.
Mahkamah itu juga akan menentukan sama ada permohonan pengundi itu mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman telah difailkan dalam tempoh ditetapkan.
Pada 25 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pengundi atas alasan semakan kehakiman mereka difailkan di luar tempoh ditetapkan.
Mahkamah itu membuat keputusan tersebut setelah membenarkan bantahan awal SPR.
Mahkamah rayuan mengubah keputusuan itu selepas membenarkan rayuan pengundi.
Dalam permohonan itu, tiga pengundi itu berkata pada 29 April, 2016, SPR telah menerbitkan notis merujuk Warta Persekutuan untuk memberitahu tentang perubahan daerah mengundi dalam kawasan pilihan raya dijalankan di bawah Seksyen 7(2) Akta Petisyen Pilihan Raya 1958.
Maradeveran dan Zahar yang merupakan pengundi bagi kawasan Batang Kali menulis kepada SPR dengan menyatakan bahawa hak mereka telah terganggu dengan teruk selepas mereka dapati pada 24 Julai tahun lepas yang kawasan pilihan raya mereka telah ditukar dari Batang Kali kepada KKB.
Yong, seorang pengundi di kawasan KKB mendakwa beliau terjejas teruk akibat perubahan kawasan pilihan raya KKB dan Batang Kali.
Peguam kanan persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili SPR, sementara peguam Gobind Singh Deo mewakili pengundi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan tentang isu termasuk sama ada pengundi boleh mencabar di mahkamah mengenai daftar pengundi yang telah diwartakan. - Gambar hiasan
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Hujan lebat disahkan pencetus utama insiden tanah runtuh Batang Kali
Kejadian hujan merupakan faktor pencetus utama insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tahun lalu sehingga meragut 31 nyawa.
Selangor setuju nyah rahsia laporan insiden tanah runtuh Batang Kali
Kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, yang berlaku pada Disember tahun lalu.
Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah
Kerajaan negeri bakal nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
Polis terima 4 laporan babit harimau belang termasuk di Goh Tong Jaya, Batang Kali
Polis menerima empat laporan berhubung kejadian seekor harimau belang berkeliaran di sekitar Batang Kali, Goh Tong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu di sini.
Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024
Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan.
Tanah runtuh Batang Kali: Hasrat mangsa terselamat jumpa pasukan SAR tertunai
Ling, 20, yang diselamatkan anggota bomba pada hari pertama tragedi itu, berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
Tanah runtuh Batang Kali: 10 agensi penyelamat dirai dalam majlis penghargaan khas
Sepuluh agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Batang Kali dekat sini pada 16 Dis tahun lepas diraikan dalam satu majlis penghargaan khas.
Polis siasat dakwaan barangan mangsa insiden Batang Kali diguna individu lain
Polis menyiasat dakwaan satu hantaran di laman Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan barangan milik mangsa tragedi insiden tanah runtuh di Batang Kali.
Tanah runtuh Batang Kali:' Anak sempat minta jaga diri sebelum pergi' - Bapa
Sehingga saat ini masih tergiang-ngiang kata-kata terakhir mendiang anak lelakinya,Tong Kai En, 9, yang terkorban dalam kejadian itu.
Tanah runtuh Batang Kali: Jalan sehala sudah siap, akan dibuka segera
Kerajaan Selangor sudah menyiapkan jalan sehala di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya.