Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaskan tidak ada sebarang rancangan segera untuk membina terminal ketiga bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang dilaporkan.
Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata sebaliknya MAHB sedang menimbang untuk meluaskan dan mengubah suai Terminal Utama KLIA serta menaik taraf sistem, yang dijadualkan dilaksanakan dalam masa lima tahun lagi.
Beliau berkata, masih belum masanya lagi bagi MAHB untuk menambah satu lagi terminal baharu kepada sistem lapangan terbang KLIA.
"Pelan Induk KLIA memperuntukkan tanah yang luas dan boleh menampung lebih banyak terminal tengah bagi KLIA dan klia2 serta landasan tambahan pada masa hadapan.
"Pada masa ini kami komited untuk membuat pelaburan dalam menaik taraf dan meluaskan terminal yang ada untuk meningkatkan kapasiti.
"Selepas itu baharulah kita boleh berbincang mengenai terminal baharu - KLIA3, tetapi ia masih jauh lagi," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan laporan yang menyatakan MAHB merancang untuk membangunkan terminal baharu dalam masa lima tahun lagi kerana terminal sedia ada, KLIA dan klia2 hampir mencapai kapasiti penuh.
Pada masa ini kapasiti digabungkan KLIA adalah sebanyak 75 juta penumpang setahun.
Pada 2017, ia mencatatkan 58.6 juta pergerakan trafik penumpang dan masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan trafik dalam masa terdekat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 14 2018
MAHB menjelaskan tidak ada sebarang rancangan segera untuk membina terminal ketiga bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang dilaporkan. -Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepasan jemaah haji
Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi pengurusan yang akan memanfaatkan 36,480 jemaah haji tahun ini, terutama bagi jemaah kali pertama.
Landasan 3 KLIA ditutup sebulan untuk kerja selenggaraan
Datuk Badlisham Ghazali berkata landasan akan ditutup sehingga 7 Jun bagi kerja-kerja penyelenggaraan selaras dengan Pelan Induk Kemampanan Landasan.
KLIA menang Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018
Anugerah mengiktiraf perkhidmatan pemasaran cemerlang yang telah menyokong pelancaran laluan udara baharu atau pembangunan perkhidmatan sedia ada.
MAHB tidak ada rancangan segera bina terminal ketiga bagi KLIA
MAHB sedang menimbang untuk meluaskan dan mengubah suai Terminal Utama KLIA serta menaik taraf sistem yang dijadualkan dilaksanakan dalam masa lima tahun lagi.
Tony Fernandes sinis dengan kemudahan baru di klia2
Hubungan dingin antara syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dan pengendali lapangan terbang di Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bukan sesuatu yang baru.
MAHB laksana daftar masuk bagasi sendiri di KLIA2
Kemudahan SBD adalah Scan&Fly oleh SITA, pakar terkemuka dalam teknologi maklumat dan komunikasi pengangkutan udara, boleh dinikmati oleh lebih daripada 25 juta penumpang AirAsia
Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kadar PSC sebanyak RM73 di KLIA2 adalah terendah di dunia.
MAHB akan kekal sebagai penggendali di ISG - Badlisham
Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata syarikatnya yang memiliki penuh kepentingan di ISG tidak tertekan untuk menjual kepentingan ISG buat masa ini.
Anjung Malaysia tarikan terkini KLIA
Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi melukis batik di samping mengimbas kembali sejarah negara menerusi paparan gambar-gambar Malaysia di era 50-an dan 60-an.
MAHB sedia bekerjasama tambah nilai lapangan terbang di Istanbul
Syarikat itu telahpun menokok nilai lapangan terbang tersebut dengan menambah trafik penumpangnya daripada empat juta antara tujuh dan lapan tahun lalu kepada 29 juta ketika ini.