Seorang pensyarah wanita di Maran dekat sini membuat laporan polis mendakwa dirinya kerugian RM325,00 yang turut merangkumi pinjaman bank selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak Ogos tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 41 tahun itu mendakwa mula dihubungi seorang lelaki pada awal Ogos tahun lepas, kononnya kakitangan Mahkamah Perlis berhubung perbicaraan kes langgar lari.
Mangsa yang menafikan terbabit dalam 'kes' tersebut kemudian disambung ke balai polis dan suspek kedua menakut-nakutkan mangsa bahawa dirinya berdepan hukuman gantung sampai mati kerana terlibat dalam sindiket dadah dan pengubahan wang haram menyebabkan mangsa terus panik.
"Suspek juga mendakwa sebuah kereta peronda polis dalam perjalanan untuk menangkap mangsa menyebabkan wanita itu terus merayu sebelum diarahkan bercakap pula dengan suspek ketiga kononnnya pegawai di Bukit Aman yang mengendalikan kes itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa 'pegawai' itu memaklumkan mereka memmpunyai bukti cap jari dan rakaman kamera litar tertutup yang mengaitkan mangsa dan bagi membersihkan dirinya mangsa perlu membantu 'siasatan' tanpa pengetahuan individu lain.
Mangsa mendakwa diarahkan memindahkan wang simpanan berjumlah RM50,000 dan wang simpanan anaknya sebanyak RM30,000 ke akaun diberikan 'pegawai' itu kononnya bagi mengelakkan wang tersebut dirampas pihak berkuasa.
"Suspek juga mengarahkan mangsa membuat pinjaman bank sebanyak RM100,000 pada penghujung Ogos 2019 kononnya bagi risikan perjalanan wang diikuti tiga lagi pinjaman bank melibatkan jumlah antara RM30,000 hingga RM70,000 yang kemudiannya perlu dipindahkan ke akaun diberikan suspek," katanya.
Mohd Wazir menambah mangsa turut mendakwa diarahkan menjual rumah miliknya yang bernilai RM190,000 di Selangor atas alasan mengelakkan rasa curiga hartanah dibeli secara tidak sah, namun mangsa enggan menyebabkan suspek mendesak mangsa membuat pinjaman atas nilai sama.
"Suspek mendakwa jumlah itu telah ditulis dalam laporan kepada pegawai atasan dan dirinya berkemungkinan dibuang kerja jika wang itu tiada. Mangsa bagaimanapun memaklumkan bahawa namanya sudah tidak boleh membuat pinjaman kerana telah berada pada tahap maksimum yang dibenarkan," katanya.
Setelah hampir setahun berurusan dengan suspek, mangsa akhirnya berasa curiga selepas tidak lagi menerima panggilan daripada suspek berhubung perkembangan siasatan, selain cubaan menghubungi suspek juga gagal menyebabkan dia berasa ditipu.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, kira-kira 67 kilometer dari sini semalam, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 25 2020
Mangsa mendakwa diarahkan memindahkan wang simpanan berjumlah RM50,000 dan wang simpanan anaknya sebanyak RM30,000 ke akaun diberikan 'pegawai' itu kononnya bagi mengelakkan wang tersebut dirampas pihak berkuasa.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.
AS catat 109,000 kes kematian akibat ambil dadah berlebihan pada 2022 - CDC
Hampir 70 peratus daripada jumlah itu melibatkan opioid sintetik selain metadon dan fentanyl yang dikeluarkan secara haram.